Alhamdulillah, sebentar tadi tepat jam 4.45 penulis selesai menjawab soalan terakhir untuk kertas terakhir semester ini. Subjek yang bertajuk Khalifah Abbasiyyah begitu menarik walaupun pengajarannya agak membosankan.
Soalan pada kertas tadi bertanyakan tentang propaganda yang dilakukan oleh Abbasid di dalam menjatuhkan Umayyah. Penulis bukanlah mengambil bidang sejarah atau mahir dalam bidang ini, tetapi hasil pembacaan yang terhad ini mendapati Abbasid menggunakan faktor kelemahan yang ada pada Umayyad sebagai punca besar untuk menjatuhkannya.
Ringkaskan cerita, 3 punca pertama adalah masalah pengurusan yang dilihat sebagai tidak adil dan sama rata. Sewaktu di awal pemerintahan umayyah Arab menjadi majoriti kepada penganut Islam tetapi dalam tempoh pertengahan tersebut Islam telah mula berkembang terutama ke India dan Asia Tengah. Ini mengakibatkan ummat Islam daripada bukan Arab telah menjadi Majoriti. Pendekatan umayyad yang begitu Arab Sentrik yang ekrtrim kepada Arab. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan bukan Arab, menjadikan ia lebih teruk adalah apabila mereka tidak diberi peluang dan hak sama rata di dalam pentadbiran kerajaan.
Melihat kepada krisis ekonomi dan kewangan yang begitu teruk, cukai tanah kharaj dan jizya menjadi sumber pendapatan utama kepada pemerintahan. Jizya adalah merupakan cukai kepada bukan Islam, justeru untuk mengekalkan sumber kewangan ini pihak Umayyah tidak menggalakkan bukan Islam untuk menganut agama Islam dan tetap mengenakan jizya kepada mereka yang baru menganut agama Islam.
Faktor ketiga pula adalah merupakan pihak parti lawan yang berusaha untuk menjatuhkan khilafah umayyah. Dalam hal ini, parti lawan ini sebenarnya terikat dgn idea siapa selayaknya menjadi khalifah. Syiah sebagai salah satu parti lawan berpendapat agar khalifah mestilah dikalangan ahl-Bayt, keluarga Rasulullah sebagai Khalifah, hal yang berbeza pula kepada khawajiz yang melihat bahawa sesiapa sahaja yang terbaik dan layak boleh menjadi khalifah bukan berdasarkan keturunan, melalui sistem monarki.
Berdasarkan ketiga-tiga faktor ini telah memberikan ruang kepada pihak abbasid untuk memanipulasi isu dan menyebarkan bibit-bibit pemberontakkan dikalangan ummat Islam yang rata-rata tidak berpuashati dengan kepimpinan umayyah.
Namun demikian apa yang menarik disini adalah penggunaan kelompok-kelompok kecil, yang dikenali sebagai sel-sel dalam istilah propaganda, atau dalam istilah jemaah gerakan Islam sebagai Usrah, sebagai medium utama untuk menarik kader, penyebaran matlumat di dalam meresap masuk ke dalam masyarakat peringkat bawah yang akhirnya memberikan gelombang besar sehingga mampu untuk menggulingkan sebuah pemerintahan.
sel-sel yang di sebut adalah merangkumi ahli seramai 10 orang, yang dikepalai oleh seorang ketua. Ahli tidak mengetahui ahli daripada sel yang berlainan, cuma ketua sell diperingkat tinggi sahaja yang kemudiaannya akan melaporkan kepada ketua Abbasiyah iaitu Muhammad b. Ali.
Kelompok-kelompok, sel ini begitu berjaya sehinggakan mampu untuk menakluki beberapa kawasan strategik termasuklah Khurasan, di Asia Tengah. Abu Muslim al-Khurasani (gambar) megetuai angkatan tentera yang menghalau tentera Umayyah yang kemudiaannya turut membawa mereka ke Iraq dan kemuadian menawan kota Umayyah dan kemudiaan berjaya menumbangkan khilafah Umayyah.

No comments:
Post a Comment