Langkah kebebasan Mandela
ROOSFA HASHIM - Utusan 7 Julai 2008
Edisi khas memoir Nelson Mandela diterbitkan baru-baru ini bersempena genap 90 tahun usia beliau pada 18 Julai ini. Tidak ada jalan pintas untuk kebebasan - itulah isi penting yang ingin disampaikan oleh Mandela.
Beliau mula menulis kisah hidupnya ini secara rahsia pada 1974 semasa terpenjara di Robben Island, Cape Town. Ingatannya dicungkil dengan bantuan rakan seperjuangannya Walter Sisulu dan Ahmed Kathhrada.
Manuskrip itu kemudian ditemui oleh pihak berkuasa penjara dan dirampas. Namun, dengan bantuan dua komradnya dalam penjara, Mac Maharaj dan Isu Chiba manuskrip ini dapat diselamatkan. Penulisan memoir ini diteruskan selepas Mandela dibebaskan dari penjara pada 1990.
Nelson Mandela dikenali sebagai tokoh pemimpin moral dan politik masa kini: wira antarabangsa yang mengabadikan perjuangannya terhadap penindasan ras di Afrika Selatan sehingga melayakkannya menerima Hadiah Nobel Keamanan 1993 dan menjadi Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selepas pilihan raya umum April 1994.
Dengan latar belakangnya yang dikenali dalam kalangan puak Tembu, Mandela bangkit berjuang dalam dua dunia - budaya tradisi kaumnya, dan kesombongan kulit putih yang menjajah tanah airnya.
Dengan gaya penulisannya yang menarik dan memukau, Mandela menceritakan tentang usia mudanya sebagai pelajar miskin dan kerani syarikat guaman di Johannesburg; tentang penglibatan politiknya yang agak lambat dan peranan penting yang dimainkannya dalam menghidupkan kembali African National Congress - ANC yang tidak bermaya dan penubuhan sayap pemuda ANC pada tahun 1950-an.
Beliau mendedahkan segala kesulitan yang ditempuhinya yang bercampur-baur antara kegiatan politiknya dengan tanggungjawabnya terhadap keluarga yang amat dikasihinya, kepahitan akibat perceraian dalam perkahwinannya dengan Winnie, isteri yang amat menyayanginya bahkan yang memberikan semangat dan kekuatan selama beliau meringkuk dalam penjara; perpisahan dengan anak-anaknya yang amat melukakan hatinya sepanjang mereka dipisahkan oleh penjara.
Mandela mempunyai peluang mengembangkan kerjayanya dalam bidang undang-undang, tetapi menyuburkan kesedaran politik dan kemudian terlibat dan memainkan peranan yang serius dalam menubuhkan sayap pemuda dalam ANC.
Pada awal dekad 1950-an, Mandela memulakan kempen menentang dasar diskriminasi kaum oleh kerajaan Afrika Selatan, dan penentangan secara lembut terhadap dasar aparteid.
GerakanBagaimanapun, berikutan peristiwa pembunuhan beramai-ramai Sharpville pada 1960 - pendekatannya berubah, dan terpaksa melibatkan diri dalam gerakan bawah tanah bagi mengelak daripada ditangkap selepas ANC diharamkan.
Pembunuhan di Sharpeville mengusutkan pemikiran Mandela. Beliau mencari jalan lain dalam tindakannya yang anti keganasan, bertujuan menghalang kekacauan dan ketidakstabilan.
Sebahagian besar hidupnya dilalui dengan hak asasi dan kebebasan politiknya 'terpenjara' dalam sistem yang menindas dan zalim. Sewaktu baru menempuh usia dewasa, Mandela telah disumbat ke penjara pada 1952 kerana dikatakan terlibat menentang regim kulit putih.
Apabila dibebaskan, Mandela kembali memimpin bangsanya merangka Piagam Kebebasan 1955, yang menggaris prinsip utama perjuangannya dalam meraih kebebasan tanpa kekerasan dan menjamin hak individu. "Nyawa itu murah, pistol dan pisau berkuasa di malam hari," kenang Nelson Mandela dalam Long Walk to Freedom. Setahun kemudian, beliau ditahan lagi bersama 156 aktivis anti-aparteid.
Bulan Mac 1961 menandakan fasa yang lebih menekan dalam hidupnya, kesemua mereka didapati bersalah, Perdana Menteri Henderick F. Verwoerd yang memperkenalkan dan mengasaskan dasar aparteid semakin angkuh dan mencengkam.
Semasa tertekan itulah Mandela sebaliknya memperlihatkan bentuk penentangan yang anti kekerasan sehinggakan beliau disumbat kembali ke sel mulai 1962.
Pada 1964, dalam sebuah perbicaraan yang dikenali sebagai Rivonia Trial, beliau dihukum penjara seumur hidup atas tuduhan mengkhianat, menghasut dan melakukan pakatan keganasan terhadap rejim Afrika Selatan. Beliau menghabiskan masa selama 27 tahun dalam penjara terutamanya di penjara terkenal di Robben Island.
Sungguhpun terpenjara, Mandela menjadi ikon bangsanya dengan menyuntik semangat penentangan hebat kaum kulit hitam terhadap rejim pemerintahan kulit putih yang akhirnya terpaksa tunduk dan mengalah. Tamatnya rejim aparteid ditandai dengan bebasnya Mandela pada Februari 1990. Era baru pemerintahan kulit hitam mula memberi peluang Mandela berkempen dan bertanding sebagai calon Presiden. Penahanannya yang cukup lama dan menyiksakan itu tidak pula merubah sikapnya menjadi pendendam selepas dibebaskan. Bahkan Mandela tetap teguh berdiri atas komitmen moral dan politik.
Sejak pembebasannya pada Februari 1990, Mandela telah diangkat sebagai pemimpin moral yang paling berpengaruh di dunia selepas Mahatma Gandhi. Sebagai Presiden ANC dan pemimpin perjuangan anti-aparteid beliau berjaya mengembalikan pemerintahan Afrika Selatan ke tangan orang kulit hitam.
Mandela akan dikenang sebagai kuasa yang paling berpengaruh dalam perjuangan menegakkan hak asasi manusia dan penyamarataan kaum.
Suku abad kebebasannya dirampas apabila dirinya disumbat ke dalam penjara dan beliau tetap tampil sebagai pejuang kebebasan, bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk seluruh bangsa kulit hitam Afrika Selatan.
Meskipun disiksa tanpa perikemanusiaan selama terpenjara, namun ia tampil sebagai manusia pemaaf, sekalipun terhadap lawan dan musuh politiknya. Inilah pesanan moral yang harus kita teladani dan insafi.
Di hadapan khalayak yang pelbagai lapisan rakyat, beliau melaungkan; "Saya terus mengingatkan kepada rakyat semua bahawa perjuangan kita untuk pembebasan bukanlah sama sekali perjuangan untuk satu kelompok atau warna kulit, tetapi perjuangan murni melawan sistem yang menindas."
Demikianlah memoir Mandela yang memberikan teladan moral amat berharga buat kita semua. Nelson Mandela: Long Walk to Freedom sesungguhnya adalah sebuah memoir yang menyentuh emosi, bertenaga dan memberikan inspirasi daripada tangan seorang tokoh yang dilahirkan oleh bangsa kulit hitam.

No comments:
Post a Comment