Thursday, June 19, 2008

PERUBAHAN SISTEM SEBAGAI KAYU UKUR PRESTASI PEMERINTAHAN KERAJAAN 100 HARI

PERUBAHAN SISTEM SEBAGAI KAYU UKUR PRESTASI PEMERINTAHAN KERAJAAN 100 HARI

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Masyarakat secara umum melihat apabila perubahan dibuat dalam sistem pemerintahan meletakkan harapan agar pemerintah dapat memberikan rakyat dengan lambakan insentif, pulangan material perkara-perkara percuma dan lain-lain

Malah apabila tempoh berkempen sekalipun manifesto parti mana yang paling banyak menawarkan pulangan lumayan, duit, kemudahan2 besar dan perkara2 material yang bersifat sementara dan 'penyuapan, malah pada waktu pilihan raya janji-janji yang terlampau menggunung dan sensasional ini ditaburkan tanpa melihat keupayaan sebenar di dalam melaksanakan janji-janji tersebut.

Lebih malang saya lihat dalam tempoh lebih 3 bulan selepas pilihan raya ke 12 masyarakat kian dimomokkan dengan apa yang telah dilaksanakan oleh pemerintah yang sedia ada. Aspek yang menjadikannya malang adalah apabila kayu ukur yang sama digunakan dlm menilai prestasi pemerintahan yang ada.

Dalam hal ini juga, tidaklah saya menolak kepentingannya, tetapi yang menjadi masalah adalah apabila kita terlampau meletakkan material sebagai segala-galanya menunjukkan ada kelompongan dalam masyarakat kita. Bak kata pepatah lama, ‘Mati Semut kerana Gula, Mati Manusia kerana Harta’

Dalam melihat prestasi-prestasi pemerintahan yang ada terutama yang baru mengambil alih tampok kepimpinan adalah bagaimana masalah-masalah pokok itu ditangani. Masalah pokok di dalam masyarakat pada hari ini tidak dapat lari daripada perjalanan dan pelaksanaan sistem dan dasar pada pemerintahan.

Hal ini memperlihatkan bahawa sistem dan dasar yang lebih kepada mesra rakyat atau partisipasi rakyat sebagai justifikasi besar kepada sesuatu perkara. Pemerintah yang melaksanakan perubahan adalah pemerintah yang melibatkan secara aktif penglibatan dan suara rakyat dalam satu-satu perkara dalam negara atau pemerintahan.

Aspek kedua yang perlu untuk menjadi kayu ukur kepada perubahan yang dibawa dalam satu-satu pemerintahan adalah sistem kerajaan yang Kebertanggungjawapan 'Accountable' dan Telus 'Transparent'. Dua aspek ini adalah merupakan sistem yang di bawa dalam Islam tetapi hanya diimplimentasi di negara-negara Barat. Kedua-dua elemen ini sebenarnya adalah merupakan kayu ukur perubahan yang membawa cerminan kepada kekuatan dan kelicinan di dalam sesebuah pemerintahan.

Negara-negara yang bersifat tertutup, maklumat-matlumat kerajaan semuanya dianggap rahsia, dan sebagainya memberikan sebuah cerminan bahawa negara itu adalah lemah dalam soal sistem pemerinahan, dan pengurusan negara. Malah besar kemungkinan tahap amalan rasuah dan korupsi yang tinggi dikalangan pemerintah politik dan birokrat yang terdiri daripada anggota kerajaan.

Melihat kedua-dua aspek perubahan dalam pemerintahan di atas sebenarnya saya rangkulkan bahawa perubahan yang sebenarnya harus di dilihat masyarakat perlu lebih jauh dari sekadar melihat berapakah insentif, atau bayaran-bayaran percuma atau subsidi yang ditawarkan oleh pemerintah. Masyarakat perlu lihat kepada satu perubahan yang lebih hakiki sifatnya dan memberikan kesan jangka masa panjang. Perubahan tersebut adalah merupakan perubahan kepada sistem yang pada hari disifatkan sebagai lapok dan usang, hanya mengundang kepada 'Menyapu Sampah ke Bawah Tikar'.

Seperkara lagi yang ingin saya tambah adalah, buku tulisan Karl Popper, Open Society and Its Enemies dan buku The Good Society tulisan John Kenneth Galbraith begitu baik untuk dikupas dalam menyentuh topik ini.

Walaupun Karl Popper melihatkan penolakkan beliau kepada kommunisme, tetapi dalam pelaksanaan sebuah negara memerlukan penglibatan yang besar oleh rakyat. Namun yang lebih menarik adalah Galbraith yang banyak terdorong dgn pemikiran Keyynesian, melihatkan
harmonisasi antara teori liberal dan peranan pemerintah. Dalam hal peranan pemerintah inilah
Galbraith membina ras2 'Good Society' adalah merupakan pemerkasaan rakyat dan masyarakat.

1.30 am Seksyen 14

No comments: