Thursday, June 12, 2008

BIROKRAT VS POLITIKUS

BIROKRAT VS POLITIKUS

Perkembangan dunia hari ini memperlihatkan bahawa kuasa pada politik secara persis politik kepartian yang mengangkat kepada lagislatif kini mengecil peranannya.

Dasar2 negara, perjalanan dan penentuan polisi sesebuah negara pada hari ini beralih kepada cengkaman pemerintah yang tertakluk pada mana2 parti atau individu kepada sistem kepemirintahan atau 'Governance' yang terdiri daripada para birokrat, pegawai kerajaan.

Persoalan Kepemerintahan yang baik atau 'good governance' ini juga turut didorong oleh sistem
sesebuah kerajaan yang dilihat sebagai adil, telus, (tranparent) , pertanggungjawaban (Accountability) yang dibina secara kukuh demi pembangunan negara dan
rakyat.

Faktor kepemerintahan yang baik telah menjadi de faktor kepada jatuh bangun sesebuah negara. Kepemerintahan Terbaik juga membawa erti yang besar kepada cerminan para birokrat yang terbaik, kukuh, dan bijak. Birokrat dengan kebijaksanaan yang tinggi mampu untuk mengenal pasti apa yang terbaik kepada rakyat dan negara. Sebebuah dasar itu dibuat atas perkiraan yang komprehensif tanpa perlu untuk mengambil kira kepentingan peribadi dan parti. Dalam konteks ini, Birokrat yang sinonim dengan 'Policy Maker' atau Penggubal Dasar seharusnya bersikap Apolitikal dalam erti kata dasar atau keputusan yang dibuat adalah diluar persoalan2 kepentigan parti atau politik.

Pemimpin yang terdiri daripada ahli politik dalam hal ini bertentangan dengan birokrat, dimana kebanyakkan tindakan mereka mengambil kira kepada kepentingan politik dan parti. Dasar-dasar yang dilaksanakan juga kadang2 bersifat sensasi untuk mengambil hal2
keuntungan pihak2 tertentu.

Birokrat yang menjadi tungak kepada pemerintahan yang ideal meletakkan kepentingan negara dan rakyat sebagai tunggak. Walau siapapun yang bakal menggantikan pemerintahan politik negara sesebuah dasar ditentukan oleh para birokrat. Seperti di AS, walau sesiapa pun yang bakal menjadi Presidennya pada masa akan datang, dasar luarnya sebagai contoh akan terus kekal. Justeru jgn terlampau berharap jika Obama memenangi pilihanraya Presiden perubahan besar akan berlaku kepada AS.

Dalam hal ini, memperlihatkan sebenarnya betapa besar peranan yang dimainkan oleh para Birokrat. Kekuatan sesebuah negara pada hari ini ditentukan oleh faktor Kepemerintahan Terbaik ( Good Governance) dgn mengambil alih bayak peranan ahli pilitik. Dan 'Good Governance' ini akan ditunjangi oleh ahli Birokrat atau pegawai kerajaan yang mempunyai ciri2 yang ideal seperti yang telah dinyatakan.

Justeru itu, ditengah2 keghairahan untuk merebut kuasa politik dalam sesebuah negara, faktor untuk melahirkan para ahli birokrat terbaik ini juga harus menjadi agenda terutama kepada NGO2, dan Gerakan2 massa yang berjuang untuk rakyat.

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Anjung Rahmat 8.25 mlm
www.saifullahzulkif li.blogspot. com

No comments: