Sunday, May 18, 2008

PROPAGANDA PUTIH BLOG MAMPU MENGANGKAT MARTABAT UMMAT?

PROPAGANDA PUTIH BLOG MAMPU MENGANGKAT MARTABAT UMMAT?

Blog pada hari ini telah menjadi medium utama kepada masyarakat yang mempunyai akses kepada ‘Internet’ bagi mendapatkan matlumat. Kalau dulu peranan risalah dalam bentuk helaian kertas yang dikenali sebagai ‘Clashing Choff’ atau selebaran menjadi bahan propaganda yang bertanggung jawab menjatuhkan banyak regim termasuklah sebagai contoh Shah Iran Pahlavi, rejim tentera Jeneral Fulgencio Batista.

Dalam hal ini, dikatakan propaganda itu adalah kerana beberapa hal tertentu, pertama, propaganda boleh jadi matlumat yang sama sekali direka-reka atau fitnah, bermotifkan politik kotor yang dikenali sebagai propaganda hitam, propaganda kedua adalah propaganda kelabu, iaitu satu2 matlumat yang benar tetapi diungkapkan dalam keadaan samar-samar dan diolah matlumat dan struktur bahasanya bagi dibesarkan atau dikecilkan sebahagian daripada matlumat tersebut untuk mempengaruhi minda dan songsang psikologi satu2 kumpulan sasaran. Dan ketegori ketiga adalah propaganda putih yang membawa matlumat benar tetapi diolah matlumat tersebut bagi mengecilkan isu atau membesarkan itu, apa yang membezakan antara propaganda putih dan kelabau adalah penulisan propaganda itu adalah bermotifkan positif dan matlumat yang seimbang dengan meletakkan fakta-fakta- yang tepat.

Melihat kepada ketegori propaganda ini, ianya turut berubah mengikut evolusi masa dan teknologi yang berlaku. kalau dulu propaganda banyak menggunakan kertas atau surat tetapi pada hari ini blog telah mengambil alih medium propaganda konvensional dan media perdana.

Propaganda melalui blog kini telah menjadi medium matlumat yang paling kehadapan meninggalkan media2 yang lain. Malah pada hari ini medium blog menjadi senjata yang paling ditakuti oleh rejim sedia ada seperti mana regim2 dahulu takut kepada bahan propaganda menggunakan media perdana. Saya lihat perkembangan ini sebagai perkembangan yang positif apabila rakyat mula berfikir sebelum menerima satu2 matlumat.

Namun demikian, apa yang dikuatiri adalah apabila blog yang menjadi bahan sebaran matlumat tidak mampu untuk menyediakan sebaran matlumat yang sahih, tulisan yang mampu mengangkat martabat ilmu, dan membina generasi yang gagah. Medium blog ini, apabila digunakan kepada arus yang betul dengan etika yang baik mampu untuk menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang gagah.

Melihat kepada kesedaran ini, ingin disarankan kepada semua pihak terhadap beberapa aspek yang menjadi keprihatinan;-

1. Penulisan blog perlulah bersikap amanah dan penulisan yang bertanggungjawab. Penulisan bertanggungjawab adalah penulisan yang menolak penulisan propaganga hitam yang berunsur matlumat palsu atau fitnah. Biarlah segala perkara dalam penulisan tersebut menaburkan kebenaran dan keadilan yang mengangkat hak dan menentang kebatilan.

2. Perkara kedua dalam penulisan blog adalah penulisan yang mampu mengangkat martabat ilmu. Satu perkara yang amat merugikan apabila penulisan blog bercorak separa benar atau tidak benar yang dicetus daripada matlumat yang tidak jelas dan palsu. Matlumat yang tidak disandarkan kepada matlumat benar dan ilmu yang sahih, tetapi kepada matlumat2 tertentu yang tidak pasti sumbernya, tulisan secara emosi yang melulu dan sumber rujukan yang tidak benar. Saya juga berbeda pandangan jika ada dikalangan blogger yang mengatakan untuk blog itu menjadi hangat, satu2 'posting' itu mestilah bersifat ringkas dan pendek. Fenomena tulisan pendek dalam blog ini membuatkan blog itu hanya bersifat sensasi tanpa tanggungjawab yang tinggi untuk mengangkat martabat ummat. Justeru itu, saya menggagaskan penulisan blog ini, seharusnya diletak walaupun sedikit petikan buku, atau pandangan ilmuan, tokoh, atau paling tidak pandangan peribadi yang boleh menjadi sebahagian daripada sumber ilmu.

3. Perkara ketiga adalah menjaga bahasa, istilah dan tatabahasa. Dalam pandangan ahli sosio-linguistik, Sapir-Worlf yang mengkaji faktor bahasa dalam masyarakat meletakkan bahasa sebagai salah satu instrumen utama dalam bentuk penjajahan baru atau istilah yang digunakan sebagai ' Linguistic Imperialism' atau penjajahan bahasa. Bahasa menggambarkan identiti bangsa, bak kata pepatah melayu, 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Justeru itu, di dalam penulisan blog, etika bahasa, istilah, dan tatabahasa juga perlu menjadi prinsip utama di dalam matlamat mengangkat masyarakat yang gagah. Tulisan2 yang menggunakan istilah bentuk pendek, penggunaan bahasa rojak, dan sebagainya sebenarnya merosakkan dan melemahkan identiti bangsa. Generasi muda jika terlampau dimomokkan kepada bentuk penulisan seperti ini akan memberikan kesan yang besar kepada negara. Pengunaan istilah yang tepat, tulisan menggunakan tatabahasa yang betul, penggunaan bahasa yang baik, dan jika mahu ditulis dalam bahasa Inggeris teruskan bahasa Inggeris, jika menulis Bahasa Melayu, teruskan menulis dalam bahasa Melayu, jangan dicampur-campurkan bahasa tersebut dalam satu penulisan.

Berdasarkan kepada ketiga2 saranan ini, diyakini bahawa melalui penulisan blog ianya mampu memberikan kesan yang besar kepada masyarakat kita pada masa akan datang.

De Palma, 5.18pm

18 Mei 2008

No comments: