A'salam buat sahabat2 SPAQ...
Jazakallah atas perkongsian matlumat dan ilmu. Saya kagum dgn usaha yang SPAQ lakukan, yang mana Saya rasakan pada hari ini rata2 gerakan Islam sendiri kurang laksanakan gerakan pemerkasaan aqidah dalam konteks untuk berdepan dengan pertembungan baru, 'Ghazwatul Fiqh'.
Dalam konteks ini Saya lebih cenderung untuk melihat kekeliruan yang yang berlaku peringkat dalaman ummat Islam. Saya secara peribadi tidak berasa pelik atau terkejut jika melihat Islam dihina oleh orang bukan Islam, kerana itulah lumrah dalam berjuangan Hak. Seperti contoh Isu Geert Wilders, malah filem seperti fitna telah diterbitkan sejak 5 tahun lepas. Wilders pun sebenarnya bagi saya hanya copy dan paste apa yang sering diulang2 bagi mereka yang salah faham terhadap Islam. Ambil contoh satu filem pada tahun 2006, Obsession: Radical Islam’s War Against the West yang bagi saya lebih bahaya dan pertempuran pemikiran.
Tujuan saya menulis dalam komen ini sebenarnya adalah untuk mengajak teman2 yang lain melihat ancaman dalaman ummat Islam itu sendiri. Tahniah kepada SPAQ kerana menyedarkan kembali tentang kewujudan Yayasan Homa Darabi yang mungkin sudah hampir 5 tahun saya melupakannya. Homa Darabi yang membunuh diri dengan membakar dirinya sendiri sebagai tindakan membantah kerajaan
Biografinya, Rage Against The Veil yang ditulis oleh adiknya parvin derabi yang akhirnya murtad dan mengishtiharkan diri sebagai athies yang sehingga kini bergiat aktif dalam feminisma yang menentang Islam. Karyanya Women of Truckee Making History letakkannya sebagai 30 wanita paling berpengaruh dunia.
Mungkin antara contoh kedua yang saya ingin ketengahkan adalah Ayaan Hirsi Ali, bekas ahli parlimen Belanda dan pernah dinobatkan sebagai salah seorang 100 orang paling berpengaruh dunia. Malah pada tahun ini juga nama beliau masih dalam pencalonan 100 orang paling berpengaruh dunia. http://www.time.com/time/specials/2007/article/0,28804,1725112_1726934_1726935,00.html
Beliau yang secara terang2 mengishtiharkan keluar daripada Islam dan menjadi athies yang kini secara lantang menentang sistem Islam terutama dalam aspek hudud, Syariah dan perundangan. Malah yang lebih dasyat lagi adalah beliau telah menerbitkan sebuah filem pendek yang bertajuk 'submisssion' http://www.youtube.com/watch?v=2aPLwh9dfW8
Saya mengenali Ayyaan yang asalnya lahir di Somalia dan kemudian mendapat suhaka politik di belanda apabila membaca sebuah laporan yang diterbitkan oleh RAND Corp, sebuah badan penyelidik AS bertajuk Building Moderate Muslim Network yang menggagaskan kepada kerajaan AS supaya menangani kumpulan yang dilihat sebagai radikal Islam atau ekstrimis dengan strategi yang pernah digunakan sewaktu perang dingin dengan Soviet.
Strategi untuk mendanai kelompok2 Islam liberal yang merosakkan Islam. Antara nama yang ditulis dalam kelompok itu demi tujuan untuk didanai bagi menyerang Islam dari dalam termasuklah Ayaan Hirsi Ali.
http://www.rand.org/pubs/monographs/MG574/
Justeru itu sebagai kesimpulan komen ini, saya ingin mengajak sahabat2 kepada tiga perkara. Pertama, sepertimana yang telah dikatakan oleh Syeikh Yusuf Qardhawi dalam responnya kepada isu Firna, agar Aqidah dan Ilmu ummat Islam dipermantapkan. Kedua gerakan Islam dan gerakan dakwah perlu dipermantapkan berasaskan tarbiyyah dan ta'dib dengan memberikan sudut pandang Islam yang Shahih. Ketiga gerakan penulisan dan dialog yang memberikan gambaran sebenar Islam harus diperhebatkan.
Jazakallah
BB7 - 2.26 pagi
SAIFULLAH ZULKIFLI
No comments:
Post a Comment