IKTIBAR PERJUANGAN PENDETA ZA’BA DAN
ISU KETUANAN MELAYU KINI
Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
Sebuah buku yang telah dihadiahkan oleh Akmal Hisham memberikan makna yang besar di dalam usaha untuk mengenali usaha2 dan perjuangan Zainal Abidin Ahmad yang lahir pada 16 September 1895, atau lebih dikenali sebagai Za’ba. Beliau merupakan pejuang dan cendiakawan melayu terkenal di dalam mengangkat martabat bangsa melayu. Beliau juga yang terlibat secara aktif sebagai pendidik tidak ketinggalan di dalam pemikiran politik tanah air.
Menarik untuk kita lungsuri pemikiran politik Zaba kerana pandangan politik beliau yang dikatakan bersifat anti feudal, raja2 melayu dan pembesar2 melayu dan juga anti British. Ini disebabkan kedua2 golongan tersebut dipercayai dengan sengaja membiarkan orang Melayu terus berada dalam serba serbi kemiskinan.
Tulisan Adnan Haji Awang dalam buku Zaba: Patriot dan Pendeta Melayu menyatakan kritikan Zaba kepada golongan raja dan pembesar melayu menjadi sangat sinis kerana beliau berpendapat bahawa golongan tersebut telah mengabaikan tangunggjawab mereka dalam menjaga maruah bangsa. Pemerintahan raja2 melayu sebelum kedatangan British dikatakan sangat kejam dan buas sekali. Rakyat tertindas, iaitu :-
"...kena perabadian dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah-pemerintahnya". (al-Ikhwan, 16 April 1927)
Menurut zaba kejadian seumpama itu telah berlaku setelah beberapa kurun. Ini dipercayai telah menjadikan jiwa orang melayu sangat lemah untuk menghadapi cabaran hidup di dunia. lantaran itu zaba berasa syukur dengan kedatangan British ke tanah melayu pada peringkat awalnya. Mereka dianggap telah membebaskan orang melayu daripada kekejaman pemerintahan raja2 mereka.
" Nescaya Orang Melayu ini kesudahannya dalam sedikit kurun lagi tentulah kelak hapus sekali tersapu wujudnya daripada hitungan jadi suatu puak diantara kaum2 manusia di muka bumi ini. Dengan sebab kezaliman dan kekuasaan tuan2 penghulu yang buas dan liar. Orang Melayu zaman itu perlahan2, tetapi tentu sekali semakin beransur ditelan dan dilulur oleh hutan rimba belantara dikelilingnya dan nampaknya ada sangatlah tiap2 tanda dan alamat yang mereka itu akan mengambil giliranya jadi kaum semang dan lain2 bangsa orang liar pula dalam hutannya itu! tetapi tangan masa - Alhamdulillah kita kerana orang British datang - telah menahan akan gerak mengelungsur ke bawah ini." (Al-Ikhwan, 16 April 1927)
Sesungguhpun begitu, Zaba berpendapat bahawa kesan psikologi akibat kekejaman pemerintahan raja2 melayu dahulu terhadap orang melayu tidak berakhir dengan kedatangan British. Orang Melayu dipercayai memerlukan masa yang lama bagi mengikis kesan2 negatif warisan tradisi itu.
Zaba telah bersikap berterus-terang dan berani sekalipun dalam mengemukakan fikiran kritisnya terhadap golongan feudal. Beliau menyedari tentang sikap negatif golongan feudal terhadap soal kemajuan rakyat pada zaman pemerintahan mereka. menurut Zaba, mereka tidak pernah mengambil tahu tentang apa erti politik; bagaimana keadaan bangsa melayu dan sebab2 kemunduran; dan tidak mahu berusaha mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh anak2 bangsa mereka.
Sementara itu dalam tulisannya yang lain Zaba
Kenyataan2 yang ditulis ini tidaklah menggambarkan bahawa Zaba menyokong British. Seperti yang kita ketahui, Zaba dikenali sebagai pejuang Malayu yang membangkitkan kesedaran penentangan penjajah terutama melalui pendidikan. Zaba mengkritik British bahawa, walaupun British membawa pelbagai teknologi yang dianggap asing ke Tanah Melayu, tetapi kedudukan melayu masih kebelakang jika dibanding dengan kaum2 lain.
Namun demikian apa yang unik disini apabila kia lihat bahawa sistem monarki yang Zaba sifatkan sebagai feudalism itu merugikan masyarakat melayu kerana penyelewengan dan penindasan kepada rakyat. Sesuai dengan bait2 puisi raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Dalam konteks ini, apa yang menarik dan wajar untuk kita contohi daripada Zaba adalah dengan melihat insitusi Raja secara objektif dan rasional, bukan secara emosi atau ikutan yang membuta tuli. Walaupun institusi seperti ini dianggap suci dan ‘taboo’ dalam masyarakat melayu, tetapi apabila konsep2 seperti ini membelakangi kedaulatan rakyat dan kesatuan Allah, justeru adalah wajar untuk dilihat kembali secara objektif.
Zaba adalah antara golongan cendiakawan intelektual Melayu yang mengangkat martabat ilmu dan pendidikan melayu. Beliau sedar bahawa susur galur disiplin dan fundamental seperti yang di amal di dalam agama Islam itu yang menjadi perkara pokok kayu ukur, membedakan antara hak dan bathil. Bukan melalui nilai-nilai norma, dan budaya adakalanya sempit dalam hal2 tertentu. Zaba seperti yang telah dimaklum mengkritik institusi Raja kerana disifatkannya sebagai gagal membela hak bangsa melayu dan mengangkat ketamadunan bangsa.
Melihat kepada apa yang berlaku pada hari ini, bukan sahaja Tsunami di lautan berlaku, tetapi juga Taufan dilangit juga melanda. Apabila Hegemoni BN mampu dipecahkan dalam PRU-12 yang lepas nampaknya Hegemoni langit yang sekian lama beradu mula mengibaskan sayapnya. Ini adalah perkembangan terbaru dalam negara yang saya anggap sebagai positif kerana Institusi Raja ini dianggap sebagai payung rakyat dan senjata terakhir melayu.
Dalam perkembangan yang sama juga ada yang masih terkapai-kapai, mencari identiti, perniagaan tanah dan bola sepak. Pada sisi yang lain Raja dari generasi muda yang dianggap intelek memberikan harapan baru kepada rakyat. Namun demikian, ada juga dikalangan rakyat yang sinis dan skeptikal kerana setelah berdekat, pasca PRU 12 baru kelihatan sayap. Apa sekalipun tidak begitu terlewat.
Institusi Raja tidak boleh dianggap sebagai sayap mana2 parti atau dipolitikkan, sepertimana institusi pendidikan tidak wajar dipolitik partikan. Ini adalah institusi rakyat yang menjadi simbol kekuatan rakyat. Menyedari hal ini, ingin saya zahirkan hasrat di hati bahawa Insititusi Raja tidak perlu tunggu pasca PRU 12, atau Hegemoni BN dilemahkan baru Institusi Raja boleh berkata2 atau mengibaskan sayapnya.
Soal kepimpinan negara, atau negeri, Raja harus mainkan peranan sepertimana yang telah dimainkan sekarang tanpa perlu rasa takut atau terlalu tinggi kira2. Kepimpinan yang menepati ciri2 kepimpinan yang telah disusur galurkan oleh Agama dan perlembagaan negara harus menjadi kayu ukur. Ini dalam hal pemilihan Menteri Besar atau pimpinan.
Dalam hal2 kepentingan melayu seperti bahasa dan ekonomi orang melayu yang harus diangkat sepatutnya tidak perlu tunggu sehingga Pasca PRU 12, sejak dulu lagi harus diperjuangkan oleh Raja2. Sejak diumumkan bahasa Melayu akan diganti ke bahasa Ingeris dalam PnP Sains dan Matematik sejak 2002 lagi Raja harus perjuangkan. Dalam hal ekonomi, pemimpin yang rasuah, indeks korupsi
Dalam hal ketuanan Melayu seharusnya Raja telah bertindak sejak 1962 apabila ahli Parlimen Kuala Terengganu Utara, Hasan Adli yang juga NYDP PAS menggagaskan agar penyataan 'Penduduk Melayu adalah Penduduk asal Negeri Ini' diletakkan dalam perlembagaan tetapi penyataan ini telah ditolak oleh Parlimen.
Institusi Raja juga harus sedar jika berlaku kerosakkan dalam Bangsa Melayu ‘mungkin’ disebabkan oleh bangsa lain, tetapi yang lebih merosakkan adalah apabila kepimpinan Melayu yang rasuah dan korup berada di tempat yang tidak sepatutnya. Justeru misi untuk menyelamat ketuanan Melayu bukanlah dengan menggunakan sentimen bangsa untuk kepentingan mana2 parti tetapi misi menyelamat ketuanan melayu adalah dengan diadili mana2 pimpinan Melayu yang rasuah dan korup.
Sebagai penutup, dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Pendeta Zaba mengajar bangsanya agar mengangkat kebenaran dan pendidikan. Melayu tidak harus bersikap mengikut membuta tuli tanpa ilmu dan fikiran. Tidak perlu bersikap emosi di dalam membicarakan perkara2 yang sebenarnya dimomokkan dan didoktrin sebagai melayu. Apabila dikaitkan dengan hak melayu, ketuanan Melayu tidak boleh dibicarakan. Sebenarnya yang penting adalah Kebenaran, Keadilan dan Ilmu.
Sekyn 14, 12.23 Pagi
18 Mei 2008
1 comment:
slm saifullah,
kalo dapta dinyatakan detail duku ni...
boleh dpt di mana?
Post a Comment