Sunday, April 13, 2008

MODEL UMMAT: FLY EMIRATES, ARSENAL ATAU MALIK FAISAL, WAMY?

MODEL UMMAT: FLY EMIRATES, ARSENAL ATAU MALIK FAISAL, WAMY?

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli – www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Exco Penerangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Perlawanan Bola Sepak antara Arsenal dan Manchester United pada 14 April 2008 merupakan satu perlawanan yang menarik. Pertandingan ini berakhir dengan kemenangan yang berpihak ditangan MU 2-1. Walaupun perlawanan yang sengit ini berlangsung, ianya tidak dapat mengalihkan perhatian penulis kepada logo besar ‘ Fly Emirates’ pada baju Arsenal. Syarikat gergasi arab yang mendanai sebuah pasukan bola sepak terkemuka England. Apabila bercakap tentang dana tertanya satu soalan, apakah Negara Arab yang kaya pada hari ini lebih berminat mendanai Pasukan Bola Sepak berbanding Agenda Ummat seperti mana yang berlaku sekitar 70-an dan 80-an?

Persoalan ini pasti membuatkan ramai teringat kepada Raja Faisal. Raja Malik Faisal yang dilahirkan pada 1904 menjadi raja Arab Saudi pada tahun 1964. Beliau merupakan seorang lagenda kepada dunia Islam. Arab Saudi yang menggabungkan Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emeriah Arab Bersatu menjadi satu kuasa besar minyak dunia. Kuasa yang dikurniakan tuhan ini menjadikan Arab Saudi kaya-raya dan sumber kuasa politik yang paling digeruni dunia. Menyedari kelebihan ini Raja Faisal menjadi lagenda dunia Islam apabila menggunakan kuasa minyak tersebut untuk berkonfrontasi dengan dunia barat kerana barat memberikan sokongan kepada Israel sewaktu perang Arab-Israel pada tahun 1973 dengan cara boikot pasaran minyak dunia.

Tindakan ini telah memberikan satu tamparan hebat kepada dunia barat yang akhirnya meningkatkan lagi krisis tenaga dunia dan memberikan kesan buruk yang besar kepada ekomoni barat. Dengan kekuasaan yang minyak yang ada digunakan untuk membantu negera-negara Islam yang miskin, mendanai Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) dan agenda-agenda pendidikan dunia terutama mendanai Himpunan Belia Islam Sedia (WAMY) yang ditubuhkan pada tahun 1972.

WAMY dengan kewujudannya memberikan forum kepada dunia Islam untuk merangka agenda kesatuan ummat, Pan Islamisma. Pelbagai program yang dirangka, memberi penekanan kepada pendidikan dunia Islam dan penyebaran dakwah Islam. Pada ketika inilah gerakan Islam sedunia segar subur dengan dana yang diberikan oleh Raja Faisal. Perkara ini turut memberikan kesan kepada gerakan Islam di Malaysia terutamanya ABIM dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang pada ketika itu turut menjadi sebahagian jawatankuasa penubuhan WAMY dan menjadi badan gabungan WAMY yang turut disertai oleh 500 organisasi Islam seluruh dunia.

Malangnya Malik Faisal hanya tinggal lagenda dunia Islam, yang mungkin hanya akan lahir sekali dalam seratus tahun. Beliau yang dibunuh pada tahun 1975 oleh anak saudaranya kerana krisis politik yang perlaku. Perkara ini bukanlah sesuatu yang ganjil berlaku kepada pemimpin yang dikatakan hebat, terutama hebat kerana menentang AS. Jika membaca buku yang ditulis oleh John Perkins, ‘Confession of An Economic Hitman’ memberikan penjelasan bagaimana AS menakluk dunia melalui sistem ekonomi kapitalis dan Badan Antarabangsa. John Perkins menyatakan jika seorang pemimpin sesebuah negara yang tidak bersetuju dengan tawaran dan dasar telujuk AS, maka CIA akan menghantar ejen yang dikenali sebagai ‘Jackel’, bagi tujuan membunuh serta memusnahkan pemimpin ini. Perkara ini turut berlaku kepada Perdana Menteri Panama sekitar 70-an yang dibunuh menggunakan nahas helikopter.

Dunia Arab yang kaya pada hari ini, hnaya menjadi tunggangan barat. Hanya ditarik hidungnya mengikut telunjuk barat. Sewaktu krisis Israel yang menyerang Lubnan pada tahun 2006, Arab Saudi turut didesak untuk melakukan perkara yang sama seperti mana yang telah dilakukan oleh Raja Faisal pada tahun 1973, dengan memboikot jualan minyak di pasaran dunia. Namun apa yang mengecewakan adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Arab Saudi mengatakan bahawa mereka terpaksa menjaga periuk nasi mereka dan mengatakan jika mereka memboikot jualan minyak di pasaran dunia apa pula jadi pada nasib mereka. Ini adalah merupakan kenyataan dayus yang hanya pentingkan diri sendiri.

Pada hari ini dunia arab sibuk berlumba-lumba untuk membina bangunan tertinggi, hotel termewah, dan infrastuktur tercanggih. Perkara-perkara material dengan sistem dasar ekonomi dan pelaburan mengikut telunjuk barat. Emeriah Arab Bersatu melalui syarikat pernerbangannya ‘Fly Emirates’ memberikan dana yang besar dalam pelaburan Kelab Bola Sepak Arsenal, dengan jumlah yang besar iaitu lebih dari 100 Juta Pound dan juga membina Stadium Arsenal yang bernilai 357 Juta Pound.

Kalau dilihat perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2004 dan implimentasinya pada tahun 2006, sehingga hari tahap peningkatan keuntungan syarikat sebelum perjanjian dan selepas perjanjian tidaklah begitu ketara jika mengambil kira jumlah perbelanjaan. Perolehan keuntungan sebelum perjanjian dan selepas perjanjian dengan Arsenal adalah secara purata sama iaitu sekitar 500 hingga 700 juta.

Perkara ini dibangkitkan kerana jika dilihat kepada pelaburan yang dilakukan, strategi pemasaran bukanlah satu alasan yang kukuh. Pada hemat peribadi, pelaburan yang besar, sehingga 100 juta pound atau sekitar RM 600 juta adalah merupakan pembaziran. Duit itu jika dilaburkan kepada pendidikan dan program-program agenda ummat adalah merupakan satu rahmat yang besar kepada dunia Islam.

WAMY yang kini hidup segan mati tak mahu, begitu juga pertuhuban Islam yang lain yang hanya nyawa-nyawa ikan perlu penstrukturan semula. Negara Arab seharusnya menggunakan kurniaan Tuhan yang amat berharga itu untuk membantu ummat yang lain. Pemimpin-pemimpin dunia Islam harus diddidk dan dilatih supaya melihat agenda pendidikan dan pemerkasaan ummat sebagai agenda utama. Strategi-strategi ekonomi dan pelan srategik sesama negara Islam perlu dilaksanakan. Pendanaan kepada agenda ini harus diberikan tanpa terlu rasa takut dan dayus kepada mana-mana pihak. Jika ini terus berlaku, maka dunia akan terus memandang hina kepada dunia Arab.



Financial Statistics

Year

Total Revenue (AED’000)

Total Expenditure (AED’000)

Operating Profit (AED’000)

Net Profit (AED’000)

Yield (Fils per RTKM)

Unit cost (Fils per ATKM)

Breakeven load factor (%)

2002-2003

9,709,749

8,749,606

1,000,511

906,747

169

111

65.4

2003-2004

13,286,331

11,602,094

2,618,789

1,573,511

181

107

59.0

2004-2005

18,130,998

15,628,282

2,652,291

2,407,385

192

111

58.0

2005-2006

23,050,927

20,489,601

2,652,291

2,474,999

203

122

60.2

2006-2007

29,839,618

26,675,891

3,338,873

3,096,416

216

129

59.9

No comments: