Monday, April 7, 2008

GENERASI MUDA DAN KEBEBASAN BERSUARA DALAM UMNO

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Hitler sewaktu meningkat naik dalam dunia politik begitu dominan dalam memberikan pidato yang membakar semangat rakyat German. Menyedari parti lawan terutama dikalangan parti komunis, Hitler kemudiannya merancang untuk menubuhkan sebuah kumpulan polis dan tentera partinya sendiri, SS dan SA. Kumpulan ini diawal penubuhannya adalah untuk melindungi hitler dan nazi daripada serangan musuh, terutama sewaktu Hitler menyampaikan pidato. Kumpulan ini bertindak ganas dengan membelasah, dan malah membunuh disamping menghalau.

Aku mengungkap cerita hitler ini kerana terbayang cerita tersebut sewaktu berada di hotel singgahsana semalam, menghadiri satu forum yang dianjurkann oleh KMU. Forum analisis PRU 12 menjemput mukhriz, Puad Zakarshi dan khir toyo sebagai panel dan ucaptama oleh Tun Mahathir.

Dalam konteks mengungkap permasalahan UMNO dan negara dibawah pimpinan Paklah, aku banyak sependapat dengan Tun Maharhir. Tetapi sewaktu menghadiri forum semalam ada beberapa perkara yang memanaskan kepala ku.

Tun Mahathir yang dianggap sebagai a new dawn for UMNO, dijadikan harapan kepada ahli2 UMNO yang bermasalah dengan kepimpinan PAKLAH. Beliau bercakap soal keberanian untuk melawan kepimpinan yang korup, kronisme yang hanya menguntungkan keluarga sendiri. Beliau juga menganjurkan kebebasan dan hak ahli UMNO untuk melakukan perubahan dan menjatuhkan kepimpinan sedia ada yang dianggap sebagai lemah dan korup. Hebat sekali.

Sewaktu forum itu juga terjadi satu insiden yang tidak dingini. iaitu bangun seorang pemuda mengaku sebagai ketua pemuda dari UMNO cawangan Sekhincan. Katanya bercakap mewakili generasi profesional muda. dan diakhir kata2 beliau menanyakan dan memberi pandangan untuk kemungkinan Anwar Ibrahim dibawa ke dalam UMNO semula untuk menarik golongan muda dan profesional.

Beliau kemudian di'boo' di baling botol dan kertas. kemudian dengan kasar dihumban keluar, malah sewaktu berada di luar hotel beliau dikasari dengan tolak menolak dan nyaris dipukul. ada juga kawan2 ku disitu yang bersimpati dan naik berang, berniat untuk turut sama membela beliau dalam pergaduhan tersebut. tetapi aku menghalang kerana kehadiran polis yang mengawal suasana.

Lebih menarik adalah apabila Tun Mahathir menyampaikan ucapannya ungkapan pertama beliau adalah, 'saya berasa gembira bukan kerana diberi peluang bercakap, tetapi kerana sorakan UMNO hari ini adalah seperti UMNO dulu. UMNO dulu akan bersorak dan menghalau orang yang tidak disukai'

Aku mengungkap perkara ini bukanlah kerana bersetuju untuk DSAI masuk UMNO. tetapi kerana keprihatinan yang tinggi untuk generasi muda yang sebenarnya bukan budak2 yang menjadi gula2 parti politik, generasi muda yang celik dan kritis, generasi muda yang berani dan hikmah, generasi muda yang menolak keganasan tetapi menganjur dialog.

Tun yang dalam masa yang sama memberi semangat untuk ahli UMNO berani bersuara menyatakan kebenaran, tetapi dalam masa yang sama berbesar hati kerana orang yang tidak sependapat dengannya dihalau.

Tindakan keganasan dan menghalau itu sebenarnya memberikan gambaran bahawa UMNO sebenarnya tidak bersedia untuk berubah. Tidak bersedia untuk mendekati golongan muda yang kritis dan radikal secara pemikiran. Mereka masih belum bersedi untuk mendengar dan menerima idea pandangan yang tidak mengikut selera mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka bercakap untuk menarik golongan muda dan perubahan dalam UMNO.

Apa yang aku khuatiri adalah seperti mana yang ditulis dalam novel george orwell, the animal farm. yang mengambil analogi binatang di ladang untuk mengambarkan revolusi russia yang menumbangkan satu diktator dan kemudian mengangkat diktator yang lain, menjatuhkan Tsar Nicholas II dan kemudian mengangkat lenin dan kemudian Stalin. Jangan biar perkara itu berlaku dalam mana2 institusi dalam negara kita.

No comments: