Geert Wilders dari Sudut Pandang Tengah
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Melihat respon yang begitu hangat dalam isu fitna initerdapat beberapa aspek yang saya nak sentuh. kita jgnbersikap apoligia dalam melihat respon hangat inihanya kerana isu ini banyak dibangkitkan oleh PemudaUMNO terutama muka hadapan surat khabar memaparkanmuka Ust 'Tong' Firdaus. Dalam Aspek-aspek yangpositif perlu kita puji secara objektif, walaupunsebenarnya banyak juga yang filem malaysia yangbersifat counter-culture dan taboo malah menghinadalam masyarakat kita. Saya amat bersetuju dgn abgmalie 'sang awana' dalam mengungkap fenomena ini.
Sebenarnya fenomena
filem yang mengkritik Islam ini bukanlah sesuatu yang
baru, Filem Obsession:Islam Radical, Sabah: The Love
Story yang dihasilkan di Canada malah Wilders sendiri
pada tahun lepas saya kenali melalui perancangan untuk
menerbitkan satu filem 'enough is enough: Ban the
Quran'.
Fenomena yang menghentam Islam sendiri bukanlah
sesuatu yang baru dikalangan penganut agama Islam,
malah terdapat lagi idea2 dan pernerbitan ynag lebih
dashyat daripada Wilders. Terdapat juga ummat Islam
sendiri yang menglakukkan kerja2 yang sama untuk
menghancurkan umat Islam. Seperti yang kita pernah
dengar Salman Rushdi dgn Satanic Verses, malah Seorang
Muslim Iran, Dr Homa Darabi, yang menulis Rage against
the Veil dan lain2 lagi.
Justeru itu saya ingin mengajak seluruh unmmat Islam
untuk melihat isu 'fitna' di dari sudut yang lain.Idea
ini bukanlah bemaksud saya menyokong tindakan Wilders
tetapi satu unjuran sudut lain yang mengajak kepada
satu realiti bahawa budaya dialog, dampingan,
kebersamaan, kasih sayang masih jauh dikalangan ummat
Islam.
Kelompok yang salah faham kepada Islam ini adalah
hasil daripada propaganda penetrasi musuh Islam dan
kekurangan matlumat sebenar mengenai Islam. Wilders
sebagai salah seorang ahli parlimen di Belanda banyak
mengemukan permasalah sosial, termasuklah persoalan
migrasi. Ummat Islam yang berhijrah ke belanda dimana
beliau rasakan mewujudkan budaya sendiri, mewujudkan
komuniti sendiri secara 'isolated' tanpa integrasi
dengan nilai dan sosio-budaya di belanda. Keadaan ini
akhirnya mengakibatkan prejudis yang syakwa sangka
yang tinggi di dalam masyarakat non-muslim di belanda.
Malah, bagi sesetengah individu seperti Wilders
sendiri berasa terancam apabila kelompok minoriti yang
berhijrah ini bertindak untuk membina kelompok
sendiri.
Dalam persoalan ini, ilmuan seperti Tariq Ramadhan dan
Syeihk Yusof Qardhawi sendiri, bercakap soal Fiqh
Minoriti. Menjawab persoalan kehidupan ummat Islam
yang minoriti di negara yang majoriti non-muslim.
Aspek ini wajar untuk kita mencontohi ummat Islam di
United Kingdom (UK) yang menggarapkan jati diri
seorang British dalam masa yang sama komited dengan
agama sebagai seorang Muslim.
Dalam hal ini juga kita ummat Islam harus faham bahwa
fenomena di barat juga agak sinikal kepada kelompok
imigran atau yang berhijrah ke negara mereka. Nicolas
Sarkozy sebagai contoh sewaktu pemilihan Perdana
Menteri Perancis pada tahun 2007 mengguna isu
undang-undang yang ketat kepada imigran sebagai antara
isu yang mampu untuk meraih sokongan.
Oleh itu, persoalan yang besar disini bagaimana kita
harus respon kepada senario yang berlaku? saya
menganjurkan 3 perkara. pertama, sebagai ummat islam
kita seharusnya membawa wacana-wanaca baru dalam
mendepani cabaran semasa, isu Islam dan Barat, fiqh
minoriti malah wacana untuk membina jambatan untuk
perlu diperkasakan.
perkara kedua adalah dialog, komunikasi dan pertemuan
antara kaum, agama, organisasi perlu dilaksana. Ini
adalah bertujuan untuk kita meningkatkan harmoni dan
persefahaman serta memecah tembok prejudis dan
presangka antara kaum, dan sesama manusia. Dengan ini
juga saya mencadangkan agar ilmuwan-ilmuwan Islam yang
aliran tengah, atau organisasi Islam harus bersemuka
dan dialog bersama Geert Wilders. Kita harus
memberikan gambaran Islam yang sebenar.
Ketiga adalah, kita harus menolak fahaman-fahaman yang
extrim dan melampau, begitu juga kelompok yang
liberal. Fenomena 'al-Ghulub' (melampau)dan 'tasahul'
yang liberal dalam agama ini malangnya kian menjadi
dominan dalam masyarakat Islam. Islam yang sebenarnya
Sederhana 'Washotiyyah' dan hikmah ini adalah indah
dan aman. Islam sama sekali menolak keganasan.
Tindakan konfrontational perlu dalam beberapa hal
melihat kepada prinsip 'adl' tetapi tidak melalui
geganasan. Tindakan ganas hanya memberikan 'FITNAH'
yang lebih besar daripada fitna. Saya menyanggah
Hizbut Tahrir Indonesia kerana mengeluarkan kenyataan
Wilder perlu ditembak. Mereka harus tembak saya dahulu
sebelum menembak Wilders, kerana tindakan keganasan
hanya merosakkan lagi imej Islam di mata dunia.
Sebagai penutup, dapat kita simpulkan bahawa,
bermasalahan di sini adalah kurangnya persefahaman
tentang Islam, justeru dialog, kebersamaan, kasih
sayang dan ilmu harus ditingkatkan sesama Islam dan
bukan Islam tanpa sebarang keganasan.

1 comment:
Dialog biasanya bersifat eksklusif. Realiti kehadiran imigran tidak memilih eksklusiviti untuk mendapat kesannya. Tanya saja rakyat di Malaysia tentang kebanjiran imigran bekerja di sini.
Saya kira liberal atau apa anutan sekalipun bukanlah masalahnya. Kita boleh memberi label untuk siapa saja. Saya tak pasti sama ada hukuman mati yang terpampang pada kain pemidang dalam foto posting ini boleh dikatakan islamik? Bukankah Islam sangat menggesa agar kita memelihara nyawa? Dan adakah penghinaan terhadap nabi s.a.w. itu hukumnya mati? Ramai sangat umat mahu jadi Saidina Umar r.a. yang acapkali mahu memancung orang. Mujur ada Rasulullah s.a.w. yang sentiasa mengatakan tidak untuk itu.
Post a Comment