MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Dalam persoalan mahasiswa dan politik ini menarik
apabila mendengar penyataan Tok Pa seperti yang
ditonjolkan oleh Hanif, "Pelajar dengan matlamat
belajar, mengikuti segala kurikulum danko-kurilulum. ..".
Malah ditambahkan lagi dengan perhebahkan dengan
peruntukkan rang undang-undang untuk mengambil
tindakan kepada mahasiswa yang terlibat dengan politik.
Saya fikir fenomena yang ada di Malaysia ini cukup
berbeda dengan situasi di barat. Pintu untuk bersuara
dan berpatisipasi dengan arus perdana ini dibuka
selebar mungkin. Sebagai contoh di UK, mahasiswa disana
diberi ruang seluas-luasnya untuk terlibat dalam
politik. Malah hampir setiap mahasiswa mempunyai parti
yang disertainya samada Parti Buruh atau Konservatif.
Dalam hal ini, yang menarik adalah pihak universiti
sehinggakan memberi cuti khas malah diberi kredit
untuk mereka yang mempunyai program politik atau
agenda khas dalam politik. Dalam hal ini juga, mahasiswa
mempunyai kuasa lobi yang kuat di dalam menentukan
parti yang bakal memerintah dan pembentukkan dasar
polisi negara.Mahasiswa yang mempunyai parlimen
mahasiswa 'StudentUnion' memberikan satu kuasa
suara dikalangan mahasiswa di dalam mengenengahkan
satu-satu perkara.
Berhubung kait dengan perkara yang sama juga berlaku
di Indonesia, jika berlaku PEMILU atau Pemilihan Umum,
parti-parti yang bertanding perlu untuk mendapat
mandat dan konsen daripada 3 badan terbesar negara.
Pertamaadalah Muhammadiyyah, kedua, Nahdatul Ulama
dan Ketiga adalah Mahasiswa. Ketiga-tiga entiti ini
memnentukan jatuh bangun sesebuah regim kerana
mobilasi serta suara besar yang mereka miliki.
Dalam halnya Malaysia,sejak AUKU dikuatkuasakan
kehidupan mahasiswa di institusi-institusi pengajian
tinggi dikawal secara khusus oleh Kaedah Tatatertib
Pelajar (1975). Pelbagai bahagian di dalam akta ini
yang secara langsung mengongkong kebebasan pelajar
yang selama ini dikecap oleh mereka. Malah penyertaan
pelajar dalam politik, aktiviti-aktiviti luar kampus
dan persatuan luar turut dibataskan.Persoalan pokok
ingin dilontarkan adalah AUKU selepas hampir empat
dekat perlaksanaannya. Didalam makalah ini telah digariskan
beberapa kesan langsung akibat penguatkuasaan
ke atas pelajardan gerakan mahasiswa umumnya. Antaranya :
1. Nilai-nilai individualistik dan materialistik samakin merata
menebal di kalangan pelajar.Rata-rata bertanggapan universiti
tidak labih daripadamenara gading buat mendapat segulung ijazah dan
seterusnya mendapat pekerjaan yang baik semata-mata.Malah
semakin terhakis nilai-nilai untuk memikirkan apa yang berlaku
kepada masyarakat luar apatah lagi menilai perkembangan politik
semasa yang boleh mempengaruhi masa depan dan nasib bangsa.
2. Budaya takut atau ‘culture of fear’ mula mencengkam pelajar.
Masing-masing memikirkan masa depan dan nasib sekiranya
mereka malanggar AUKU.Budaya ini akhirnya menyebabkan
mahasiswa terus takutuntuk mencuba, menyoal, mengkritik
dan mengemukakanidea serta gagasan baru ke dalam
masyarakat. Ini ditambahkan dengan ancaman pelbagai
undang-undang di luarkampus yang seakan sama sifatnya
dengan AUKU telah digubal atau dipinda oleh pemerintah seperti
AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi(OSA)
dan Akta Hasutan. Tekanan dan prejudis pihakpentadbir kepada
pelajar yang agak kritikal turut meransang perasaan takut di
kalangan mahasiswa.
3. Tidak ada lagi slogan ‘Mahasiswa JurubicaraMasyarakat’
kerana mereka sudah tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling
mereka atau hilang upaya untuk melakukan sesuatu.
Masyarakat lebih yakin kepada kumpulan lain seperti parti
politik untuk menyelesaikan masalah mereka.
4. Penumpuan kegiatan pelajar hanya sekitar kampus sahaja.
Pelajar-pelajar hanya berminat menyertai program-program
bersifat rekreasi, sukan dan bersifat hedonistik. Hanya segelintir
kecil yang masih bersemangat untuk mengikuti program-program
pembangunan intelektual yang membincangkan isu-isu semasa mahupun
berbentuk ilmiah.
5. Pelajar mula hilang minat untuk menghayati dan menganalisa keadaan
politik tempatan mahupun antarabangsa jauh sekali untuk melibatkan
diri secara aktif.
6. Pelajar mula disibukkan dengan politik kampus yang secara tidak
langsung mendatangkan kesan negatif terhadap perpaduan pelajar.
Seringkali pelajar akan terjebak dengan semangat kepuakan yang
masing-masing cuba mengangkat darjat puak mereka pada masa yang
sama memperlekeh puak yang lain. Di mana-mana sahaja apabila
menjelangnya pilihanraya, akan wujud dua kelompok besar yang
saling berlawanan antara satu sama lain. Malah ketegangan tetap
berterusan di luar musim pilihanraya kerana setiap kelompok akan
berebut-rebut mencari ahli bagi terus menyokong dasar perjuangan
masing-masing.
7. Polarisasi kaum di kalangan pelajar juga semakin ketara. Penubuhan
persatuan pelajar mengikut kaum turut meransang polarisasi tersebut.
Hampir semua universiti di Malaysia mempunyai persatuan yang mewakili
kaum masing-masing sama ada berbentuk bahasa atau persatuan kebudayaan.
Ini menjarakkan lagi proses interaksi antara pelajar kerana biasanya
kegiatan pelajar yang dijalankan lebih mengutamakan kepentingan,
minat dan kecenderungan anggota kumpulan etnik tertentu.Di sini jelas
kepada kita AUKU bukan sahaja telah menyebabkan wujudnya budaya baru
dalam masyarakat pelajar tetapi yang labih parah lagi apabila lahirnya polarisasi
yang agak ketara di kalangan pelajar. Pelbagai pertubuhan pelajar baru lahir dan salingmengadu-domba dan memperlekehkan antara satu sama lain.Apa
yang pasti pengongkongan dan tekanan dari AUKU ini telah memaksa golongan
pelajar untuk menumpukan perhatian mereka kepada isu dalaman yang
kurang penting yang terdapat di kampus daripada melihat isu umat yang
lebih besar dan penting di luar kepompong mereka. Inilah yang akhirnya
menyebabkan kecenderungan untuk mereka bercakaran sama sendiri dan
memikirkan isu-isu ranting lebih parah.
Bergelar mahasiswa bererti manusia yang boleh tidur ditilam empuk,
berjalan atas tikar merah,
mampu berbicara/ berbahas dengan bapak menteri
sebagai seorang intelektualis muda bukan pencacai.
Bergelar mahasiswa juga bererti kita mampu makan ditikar mengkuang,
duduk berdamping dengan pesawah atau petani,
membantu menyelesaikan masalah mereka,
sebagai Aktivis, bukan Pendibisuris!
Yang bijak tetapi bisu dalam menyatakan kebenaran.
Belakang kita api,Di depan kita duri,
Namun, kita sudah tidak bisa berundur lagi,
Perkukuhkan tekad, perteguhkan azam Perjuangan
yang hakMenidakkan yang batil.
Bilal D4.5
10.59 pagi
www.saifullahzulkif li.blogspot. com
No comments:
Post a Comment