CIRI-CIRI KEPIMPINAN PERSPEKTIF AL-MAWARDI
Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
Kalau ingin berenang,
pertama teluk kedua pantai
Kalau ingin memimpin,
pertama elok kedua pandai
Bait pantun dua kerat melayu ini relevan dengan persedian pemilih di dalam menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang. Pilihan raya adalah merupakan satu perkara besar yang bakal ditempoh oleh semua rakyat
Proses pemilihan kepimpinan negara melalui lunas demokrasi ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan atau enteng oleh rakyat dimana ia memerlukan satu pemilihan yang tepat memandangkan ia mampu untuk memberikan kesan yang begitu besar kepada masyarakat dan negara. Justeru itu kita wajar untuk menimbang beberapa aspek sebelum membuat keputusan untuk memilih kepimpinan.
Dalam hal ini, Islam mengambil berat di dalam soal pemilihan kepimpinan memandangkan ia memberikan peranan yang begitu besar di dalam membina ketamadunan dan survival Ummat. Ini jelas terkelihatan melalui satu kata-kata Saidina Umar al-Khattab,“Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa taat”. Islam meletakkan kepimpinan sebagai taklif (bebanan amanah) bukan tashrif (kemuliaan). Oleh sebab inilah, kepimpinan menjadi tanggung jawab yang akan di persoalkan Allah swt tentang pelaksanaan amanah tersebut dan dengan ini dan kepimpinan dituntut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.
Justeru itu, rakyat seharusnya membuat pertimbangan berdasarkan merit dan kebolehan calon yang bertanding, bukan parti yang pertanding. Aspek-aspek asas kepimpinan dalam Islam seperti yang telah diungkapkan Al-Mawardi yang dikatakan sebagai Bapa Sains Politik Islam di dalam magnum opus, karyanya Al-Ahkam Sultaniyyah menyebutkan bahawa adil, berilmu, berkemampuan, berakhlak dan berani sebagai antara perkara-perkara asas yang harus ada pada kepimpinan.
Melihat kepada perkara-perkara inilah seharusnya para pengundi perlu untuk melihat soal pengetahuan seseorang, dari sudut latar belakang pendidikan calon, kesungguhannya kepada mengangkat martabat Ilmu dan agama Islam. Aspek pendidikan Islam ini adalah penting kerana hanya melalui ilmu pengetahuan, satu-satu keputusan yang tepat boleh dilaksanakan dan hanya dari ilmu pengetahuan, satu-satu dasar yang adil dapat dilaksanakan.
Di dalam konteks adil pula, Islam mendefinasikannya sebagai ‘meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya’. Aspek keadilan ini adalah merupakan satu perkara yang paling susah dalam kepemimpinan. Persoalan seperti menjalankan tugas, menyuarakan pandangan rakyat, menjaga kebajikan rakyat mahupun membezakan pentingan rakyat atau kepentingan parti dan peribadi menjadi kayu ukur penting di dalam menjawab persoalan menegakkan keadilan.
Contoh keadilan kepimpinan dapat dilihat dalam kepimpinan Khilafah Umar Abd Aziz. Pada satu ketika, Khalifah Umar didatangi salah seorang anaknya yang ingin mengadu hal, tetapi yang menarik untuk kita ambil iktibar adalah apabila Khalifah Umar berhadapan dengan anaknya itu, beliau menanyakan samada kehadiran anaknya ingin berbicara soal negara atau peribadi. Lalu anaknya menjawab, beliau hadir atas urusan peribadi. Khalifah Umar lantas memadamkan lilin yang dinyalakan, dan dinyalakannya lilin yang lain. Apabila ditanyakan perbuatannya itu, Khalifah Umar menjawab bahawa lilin yang awal tadi adalah lilin untuk urusan kerajaan, manakala lilin yang baru ini adalah untuk urusan peribadi. Inilah etika seorang pemimpin yang ingin meletakkan keadilan ditempatnya. Walaupun sekecil perkara pun dijaga dengan rapi, kerana setiap tindakan seorang pimpinan itu akan ditanya di sisi Allah swt.
Aspek seterusnya yang harus ada pada kepimpinan adalah soal akhlaknya dan keberanian. Akhlak menjadi tunjang kepada kepimpinan, seperti mana ungkapan melayu ‘Kepimpinan Melalui Tauladan’ atau dalam istilah arab yang biasa kita gunakan adalah ‘Qudwah Hasanah. Sebaik-baik contoh akhlaknya adalah Rasulullah saw, kerana baginda adalah sebaik-baik contoh. Kepimpinan harus memberikan contoh yang baik kepada pengikutnya dan rakyat. Ia merangkami aspek peribadi, keluarga malah sekecil-kecil perkara seperti makan dan berjalan harus diambil berat kerana segalanya akan dinilai. Justeru itu kepimpinan yang berakhlak dan bermoral akan menjadi pilihan para pemilih.
Soal keberanian ini adalah penekanan kepada prinsip ‘Amar Maaruf Nahi Mungkar’ atau mengajak kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran. Seorang pemimpin harus dinilai atas dasar kemampuannya untuk menegakkan prinsip ini. Pemimpin seharusnya tidak boleh tunduk pada tekanan atau balasan dalam memutuskan satu-satu perkara. Menegakkan kebenaran dan mencegah kepada kebathilan harus menjadi prinsip utama di dalam kepemimpinan. Jika satu-satu perkara itu walaupun pedih dan payah untuk dihadapi, tetapi jika itulah kebenaran, maka kepimpinan harus hadapi menyatakan kebenaran, begitu juga sebaliknya.
Permasalahan rakyat itu perlu menjadi keutamaan dalam menentukan satu-satu urusan dan dasar. Sebaliknya bukan pada aspek-aspek lain seperti periuk nasi sendiri, malah parti sekalipun. Di dalam mentadbir dan membuat dasar rakyat kepentingan peribadi dan kepentingan parti harus dibawa kepada perkara kedua. Aspek ini mungkin susah untuk dilihat di kebanyakkan negara Islam, tetapi dikebanyakkan negara-negara maju di barat adalah sebaliknnya. Mengambil contoh daripada apa yang berlaku di Britain, sewaktu kepimpinan Tony Blair yang datangnya daripada Parti Buruh tetapi sewaktu berbahasan isu penyertaan Britain di Iraq selaku sekutu kuat AS, Parti yang dianggotai Blair sendiri iaitu Parti Buruh yang menentang Polisi beliau untuk membantu AS dalam menakluk Iraq.
Aspek kebajikan rakyat juga harus diutamakan. Saidina Umar al-Khattab adalah antara contoh kepimpinan terbaik di dalam menjaga kebajikan rakyatnya. Beliau yang terkenal dengan tindakan menyamar sebagai rakyat biasa pada waktu malam untuk melihat sendiri keadaan sebenar rakyat dengan mata sendiri. Mungkin keadaan ini sedikit sebanyak berbeza dengan keadaan sesetengah wakil rakyat yang ada pada hari ini. Jika menghadiri satu-satu majlis keramaian bersama masyarakat, masyarakat yang kebiasaannya bersusah payah menyiapkan segala persiapan dengan hidangan yang enak-enak dan sambutan kedatangan yang penuh meriah. Mungkin budaya sebegini perlu diubah. Kepemimpinan harus sentiasa bersama masyrakat, menyelami perih pedih rakyat dan mendengar rintihan rakyat.
Berdasarkan beberapa ciri-ciri dan contoh yang digariskan ini, wajar untuk diambil untuk menjadi timbangan para pengundi untuk membuat pilihan wakil rakyat. Bagi bakal calon, aspek-aspek yang digariskan ini adalah wajar untuk dimuhasabah dan diambil iktibar. Tulisan ini akhirnya ditutup dengan bait pantun 2 kerat yang patut direnungi oleh semua pihak di dalam persiapan menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.
Pemimpin adil
Pemimpin di sembah ( Taat )
Pemimpin zalim
Pemimpin disanggah
2.00 pagi – 16 Feb 2008
Bilal D4.5
2 comments:
World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
world of warcraft power leveling
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold
buy cheap World Of Warcraft gold q3h6l7fc
Rally good blog post. You helped me to open up my eyes. Thanks for publishing and I'm looking forward to your new posts.
Mark B. from VpsWebServer
Visit us and learn all about vps hosting.
Post a Comment