Monday, March 24, 2008

KPT TIDAK WAJAR MANSUHKAN KURSUS HANYA KERANA MELIHAT

KPT TIDAK WAJAR MANSUHKAN KURSUS HANYA KERANA MELIHAT KEPERLUAN INDUSTRI

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Sdr Hilmi Ramli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada 25 Mac 2008 berhubung isu yang dikemukan Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Khalid Nordin. Beliau mengeluarkan kenyataan bahawa bidang, kursus yang ditawarkan di IPT akan dikaji dan dimansuhkan beberapa kursus yang tidak releven mengikut keperluan industri. Beliau yang mahu memastikan semua kursus yang ditawarkan di IPTA menepati pasaran kerja.

Ini ada merupakan satu hasrat yang murni terutama di dalam mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan siswazah. Namun demikian, beberapa pertimbangan harus dilihat memandangkan langkah ini mampu memberikan kesan yang besar kepada negara di masa hadapan. Persoalan ini juga telah banyak dikupas oleh ilmuan negara termasuk Prof Zaini Ujang dalam buku yang ditulis beliau "Universiti Mendokong Tradisi Intelektual".

Satu perkara dasar yang harus dilihat adalah universiti di tubuhkan berdasarkan falsafah universiti dengan memenuhi pelbagai objektif dan misi pendidikan yang telah ditetapkan oleh negara dan universiti itu sendiri. Dalam pada masa yang sama falsafah industri pastinya mempunyai falsafah tersendiri dengan mengambil dasar orientasi pulangan 'Profit Orientation' dan keuntungan dalam aspek material. Perkara ini sama sekali saling bercanggah antara satu sama lain, Universiti dan industri.

Apabila kita lihat pada aspek ini, adalah menjadi sesuatu yang mustahil kepada negara untuk melaksanakan tindakan untuk memansuhkan sesetengah kursus mengambil kira permintaan industri. Kursus yang melibatkan aliran sastera dan agama yang dijangka akan menjadi sasaran jika tindakan ini diambil kerana kurang permintaan dalam industri.

Kursus yang ditawarkan tidak wajar jika hanya dilihat dalam aspek industri, tetapi ianya mestilah perlu berdasarkan falsafah universiti bagi mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan. Pelaksanaan 30 peratus Sastera dan 70 peratus Sains sudah dilihat tidak mampu memberikan keseimbangan dalam pembangunan negara. Sastera yang sinomin dengan pembinaan manusia malakala sains yang sinomim dengan pembangunan fizikal, wajar bergerak secara dualistik dan seiring.

Aliran sastera yang bakal melahirkan artikek manusia amat penting di dalam memastikan pembangunan holistik yang mengambil aspek komprehensif, naik fizikal, mental, akhlak dan spiritual. Aliran sastera yang banyak mengisi bidang perangka dasar dan polisi negara sejajar dengan kepakarannya dalam bidang, kemanusiaan, agama, politik dan kemasyarakatan.

Justeru itu, saya secara peribadi menolak cadangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghapuskan kursus yang dikatakan kurang relevan bagi memenuhi kehendak industri. Universiti yang mengembangkan pendidikan yang holistik dan seimbang tanpa hanya mengambil berat soal fizikal dan material semata-mata.

1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Câmera Digital, I hope you enjoy. The address is http://camera-fotografica-digital.blogspot.com. A hug.