Friday, March 2, 2007

DEKLARASI HAK ASASI MAHASISWA MALAYSIA 2006

SEMPENA HARI HAK ASASI MAHASISWA
Tarikh :
8 JUN 2006
Oleh :
SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
Dan
GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR

Pada 8 Jun 2002 , setahun selepas penangkapan 7 orang mahasiswa yang turun ke jalanan untuk membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh kerajaan, kumpulam aktivis Mahasiswa telah mengisytiharkan 8 Jun sebagai hari Hak Asasi Mahasiswa Malaysia bagi merakamkan satu lagi peristiwa hitam dalam sejarah perjuangan Mahasiswa Negara ini.

Hari ini, kami, SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) dan GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR (GAMP) yang di anggotai oleh pelbagai pertubuhan Mahasiswa yang berlatarbelakangkan pelbagai ideology, kaum dan agama ingin mengisytiharkan pendirian dan tuntutan kami berkenaan dengan hak dan kebebasan Mahasiswa Negara ini sebagai agenda rakyat untuk mengecapi sebuah masyarakat yang demokratik dan adil demi kesejahteraan dan keharmonian hidup.

Kami mendukungi prinsip saling menghormati dengan nilai hak asasi manusia sebagai nilai universal agar kebebasan individu untuk berorganisasi, bersuara, beragama dan berpolitik terjamin. Kami percaya bahawa pegangan nilai ini akan menujum kea rah sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.

Kami melihat mahasiswa sebagai tunas pembangunan Negara yang memerlukan cahaya, air, udara dan tanah agar pertumjbuhan yang sempurna dan sihat dari segi luaran dan dalaman. Pendedahan kepada masyarakat luar kampus dan penerapan nilai unjiversal, khususnya hak dan kebebasan, penting dalam melahirkan generasi muda terpelajar yang berani memperjuangkan keadilan social dan demokrasi, serta menentang sebarang diskriminasi dan eksploitasi yang berlaku dalam masyarakat.

Namun begitu, Mahasiswa yang merupakan tunas pembangunan Negara telah terencat pertumbuhannya di bawah penindasan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Antara perkara yang mencabuli hak Mahasiswa dalam AUKU adalah Seksyen 15 : Pelajar universiti dilarang bersekutu atau menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau pertubuhan kecuali dengan kelulusan Naib Cancelor ; dan Seksyen 15A: Pelajar universiti atau pertubuhan pelajar universiti dilarang menjalankan keghiatan penjanaan wang dana kecuali dengan kelulusan Naib Cancelor.

Maka denga itu, kami, SMM dan GAMP melancarkan suatu deklarasi berhubung dengan tuntutan dab harapan demi mengembalikan semula hak-hak Mahasiswa yang dirampas serta menghidupkan kembali demokrasi kampus yang telah mati.
HAK-HAK MAHASISWA & DEMOKRASI
  1. Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi memastikan pemugaran nilai-nilai intelektualisme terus subur di kalangan mahasiswa yang akhirnya melahirkan mahasiswa Malaysia yang berkualiti untuk menjadi pelapis kepemimpinan Negara.
  1. Mengembalikan semula demokrasi kampus dan hak asasi Mahasiswa melalui pemberian ruang yang luas kepada mahasiswa untuk berpersatuan, bersuara dan berhimpun selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perkara 10 Perlembagaan Perkutuan.
  1. Memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada universiti serta menolak campurtangan politik luar dalam pentadbiran kampus dan juga dalam urusan pilihanraya majlis perwakilan pelajar di semua kampus.
SOSIAL
  1. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis dan berakhlak mulia yang bertunjangkan keluarga bahagia untuk merealisasikan integrasi nasional dengan sokongan pelbagai pihak.
  1. Mengiktiraf peranan dan kedudukan mahasiswa sebagai salah satu entiti penting di dalam masyarakat Malaysia dalam menyuarakan pandangan, kritikan dan tuntutan dengan mewakili suara independen mahasiswa dan masyarakat di sekitarnya.
  1. Melakukan Revolusi Pendidikan terhadap sistem dan dasar pendidikan Negara di semua tahap dan peringkat pengajian sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan iltizam untuk mencapai hasrat yang disasarkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.
PENDIDIKAN
  1. Menjamin hak setiap warganegara untuk mendapatkan pendidikan daripada sistem pendidikan yang rasmi selaras dengan peruntukan di dalam Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.
  1. Menyediakan bantuan pendidikan yang menyeluruh kepada semua pelajar melalui skim biasiswa dan pinjaman yang fleksibel dan bebas daripada sistem riba yang membebankan pelajar.
  1. Menghentikan penswastaan pendidikan dengan menyedari dan menginsafi bahawan pendidikan bukanlah bahan komoditi untuk perdagangan dan keuntungan pihak-pihak berkepentingan.
  1. Mengutamakan Bahasa Ibunda sebagai bahasa akademik dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melalui mengembalikan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di dalam bahasa Ibunda.
EKONOMI & KEBAJIKAN
  1. Membanteras krisis pengangguran mahasiswa secara efektif dan terancang dengan menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan rombakan kurikulum universiti yang mampu meningkatkan mutu dan daya saing mahasiswa.
  1. Membuat dan menggubal dasar-dasar Negara dengan mengambilkira soal kebajikan mahasiswa dalam pelbagai aspek termasuk kos sara hidup sepanjang pengajian di kampus.
BEBASKAN MAHASISWA, MANSUHKAN AUKU
DEKLARASI HAK ASASI MAHASISWA MALAYSIA 2006 ini disepakati oleh SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) dan GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR (GAMP) dan turut dianggotai bersama :
1. Gabungan Mahasiswa Islam Semennanjung ( GAMIS)
2. MMMalaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)
3. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
4. Food Not Bomb (FNB)
5. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
6. Universiti Malaya Association of New Youth (UMANY)
7. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I India (JKMI)
8. Students For Pro-Democracy (Pro-Dam)

No comments: