Wednesday, October 1, 2008

Catatan Peribadi Terhadap Krisis Ekonomi dan Kewangan AS


1 syawal saya dikejutkan dengan berita kejatuhan saham AS, di Wall Street yang memberikan kesan yang teruk bukan sahaja kepada ekonomi AS malah dunia. Di Malaysia, mungkin suasana kegawatan ini susah untuk digambarkan dan tidak dirasai oleh masyarakat. Tetapi rata-rata masyarakat di barat termasuk UK merasai kerisauan kegawatan ini akan mengulang krisis yang pernah berlaku sewaktu ' Great Depression' tahun 1930.

Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan Pelan Penyelamat atau saya lebih selesa untuk panggil Bailed Out kepada Syarikat-Syarikat Gergasi Multi Nasional AS yang di dalam ambang kejatuhan, seperti telur dihujung tanduk. Saya fikirkan hanya Malaysia dan negara ketiga sahaja yang ada Bailed-Out, untuk menyelamatkan Syarikat-Syarikat berkepentingan dan ada kecenderungan kepada GLC, rupa-rupanya negara yang yang mengibarkan ekomoni bebas dan liberal juga menggunakan Bail-Out.

Apa yang menarik pada hari ini, kejatuhan pasaran saham Wall Street, berlaku sebaik sahaja kongres AS membuat keputusan untuk tidak menerima cadangan Bailed-Out tersebut, dengan anggaran sebanyak USD 700 Billion kelmarin. Rentetan daripada peritiwa ini, menarik untuk kita telusuri penbahasan hujah yang dibuat oleh seorang ahli kongress yang bernama Ron Paul, bertanggungjawap kepada penolakkan cadangan Pelan Penyelamat tersebut.

Ron Paul adalah merupakan ahli kongress kepada kerusi Lack Jackson, Texas dan merupakan antara calon popular pemilihan Presiden bagi Parti Republikan awal tahun ini. Beliau secara ideologi, dapat kita lihat secara jelas mendokong idea Libertarian atau Liberal Klassik. Dalam beberapa hal tertentu, saya tidak cenderung kepada Libertarian, tetapi melihat kepada olahan dan perbahasan yang diutarakan oleh Ron Paul melihatkan beberapa hujah yang relevan bagi menjawap permasalahan ekonomi semasa.

Seperti yang telah saya nyatakan tadi, pandangan saya mengatakan bahawa beliau adalah orang yang bertanggung jawap untuk membawa kepada penolakan Pelan Penyelamat tersebut. Malah beliau mempertikaikan bahawa Pelan Penyelamat ini adalah merupakan pelan kali kedua. Pelan Penyelamat, Bailed Out kali pertama sebelum ini juga bernilai hampir USD 700 Billion dan pelan itu tidak melalui Kongress terlebih dahulu. Antara pelan penyelamat yang telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat adalah seperti yang ditulis dalam tulis The Age, Australia 24 September:-

Fannie Mae boss Daniel Mudd and his opposite number at Freddie Mac, Richard Syron, walked last month with $US9.43 million in retirement and pension benefits on their way out the door. Failed, sacked and showered with money as their two giant mortgage operations were nationalised.

Lehman Brothers chairman and CEO Richard Fuld picked up $US22 million for 2007, the year thousands of his staff found themselves on the street. He took $US35 million the year before.

Merrill Lynch boss John Thain took a $US200 million payout with two offsiders for less than a year's work. Merrill was so close to obsolescence it sold itself to Bank of America for $US50 billion in scrip few days ago just as Lehman was biting the dust.

Thain was given a $US15 million bonus for signing on. Two former Goldman Sachs executives hired by Thain may do even better. Head of global trading, Thomas Montag, has already received a $US39 million bonus since signing on in August. With stock options accelerated by the buyout, he could finish up with $US76 million.

The bank's head of strategy, Peter Kraus, was bestowed with a $US95 million package just to beat what he was on at Goldman.

Paulson himself has shares in Goldman whose value was estimated at $US700 million. He is a direct beneficiary of his own bail-out proposal blind trust or no blind trust.

On the positive news front, the former head of broken insurance company AIG, Robert Willumstad, voluntarily forfeited a $US22 million severance package after he was giving his marching orders. He was only appointed in June.

"I prefer not to receive severance while shareholders and employees have lost considerable value in their AIG shares," wrote Willumstad in an email to his successor Edward Liddy.

Goldman boss Lloyd Blanfein took home $US54 million last year and Morgan Stanley's John Mack $US42 million.

The list goes on. Some of the investment bank's hedge funds clients have even been paying themselves more than $US1 billion.

Tindakan ini mendapat tentangan hebat daripada Ron Paul. Beliau cuba untuk meyakinkan bahawa kejatuhan pasaran adalah merupakan sesuatu yang lumrah hasil daripada sistem monopoli Simpanan Persekutuan, Federal Reserve yang bertindak seperti Bank Negara, atau Bank Pusat. Hujah utama yang diutarakan terutama sewaktu berbahas di dalam kongress minggu lalu adalah, Pelan Penyelamat yang bernilai USD 700 Billion sebenarnya akan memusnahkan ekonomi dunia.

Ekonomi dunia boleh musnah melalui Pelan Penyelamat ini kerana apabila duit itu dikeluarkan, duit itu sebenarnya akan dicetak oleh Federal Reserve, dengan jumlah yang begitu besar, nilai mata wang USD akan jatuh. Akibat daripada ini seluruh dunia yang pada ketika ini sandarkan mata wang mereka kepada USD juga akan turut jatuh. Justeru, ekonomi dunia akan berada dalam keadaan kegelapan.

Ron meletakkan kelemahan kepada sistem kewangan dan pengurusan ekonomi yang lemah, mengakibatkan kejatuhan sistem inflasi dan 'corporatism special isterest system'. Presiden Bush mungkin dilihat sebagai seorang yang mewakili rakyat As di dalam memberi respon kepada isu September 11, tetapi di dalam isu ekonomi ini Presiden Bush gagal untuk mengutarakan dan mengurus ekonomi AS.

Apa kesan kepada Malaysia?

Seperti kebanyakan negara-negara membangun lain, Malaysia sandarkan matawangnya kepada USD. pastinya seperti yang telah saya nyatakan tadi jika Pelan Penyelamat itu berlaku, matawang dan pasaran ekonomi Malaysia akan turut jatuh meruntum.

Berita yang agak tidak baik yang saya dapat sebentar tadi mengatakan bahawa kongress akan membahaskan dan membuat undian semula kepada usul untuk mengadakan pelan penyelamat bagi menyelamatkan syarikat gergasi AS serta pasaran saham. Mungkin minggu depan, tetapi apa yang pasti pihak kerajaan AS terpaksa melakukan sedemikian adalah kerana kesan teruk kepada pasaran saham AS, Wall Street se[erti yang telah berlaku. Yang menariknya adalah apabila tindakan untuk mengusulkan semua Pelan Penyelamat ini, Wall Street mula untuk naik mata.

Saya bukanlah orang yang arif tentang ekonomi, tetapi saya prihatin kepada apa yang berlaku. Maaf jika ada antara perkara yang saya usulkan salah. Namun demikian saya yakin Malaysia akan terkesan dengan krisis ini. Najib dalam kenyataannya Selasa lalu menggambarkan kerisauan kepada krisis ini. Tetapi, krisis ini tidak mampu ditangani hanya dengan menggunakan dakwaan rizab negara sebanyak RM406.6 bilion (AS$119 bilion), lebihan akaun negara selain kemasukan pelaburan asing sebanyak RM31 bilion pada 6 bulan pertama tahun ini untuk membuktikan negara sudah cukup kukuh untuk menghadapi krisis ini seperti yang didakwa sebaliknya oleh Najib.

www.saifullahzulkifli.blogspot.com
1.36am 2 Oktober 2008
seksyen 14

1 comment:

Ikhwan Zamri said...

Sedikit komen ye:

1) Quote dari akhbar The Age hanya merujuk kepada benefit yg diterima oleh sebilangan elite dari "bail-out" yg pertama, dan bukan merujuk kepada jumlah "bail-out" itu sendiri. Sebagai contoh, "bail-out" sebenar yg diterima oleh Fredie Mac dan Fannie Mae sahaja mungkin dalam anggaran USD200b.

2) Ron Paul mungkin tidak boleh dianggap sebagai "calon popular" kerna beliau hanya popular dikalangan golongan yg mendapat info dari media alternatif (e.g internet). Media mainstream (e.g TV) menghalang coverage terhadap beliau, mungkin kerana pandangan dan ideologi beliau yg bercanggah dgn self-interest mereka (mainstream media corporations e.g Fox, Time Warner etc). Maka Republican 'primaries' atau pilihanraya calon kecil pada awal tahun 2008 jarang menunjukkan Ron Paul mendapat lebih dari 10% undian.

3. "How in the world can we expect to solve the problem of inflation - that is (resulting from) the increase in supply of money, with more inflation (more increase money in supply)?
- Soalan Ahli Kongres Ron Paul kepada Pengerusi Federal Reserve, Ben Bernanke
(http://www.youtube.com/watch?v=eRTOvbrmlQk&feature=related)