Tuesday, September 30, 2008

Who Speaks For Islam?

Antara buku yang sedang saya baca sekarang adalah buku terbaru yang ditulis oleh Esposito dan Dalia Mogahed bertajuk Who Speaks For Islam?: What do Billions of muslims really Think. Satu buku yang saya rasakan semua ummat Islam terutama mereka yang terlibat dalam gerakan Islam harus baca. Oleh kerana saya masih belum habis baca buku tersebut jadi saya tidak berniat untuk membuat kupasan buku disini. Namun Demikian buku ini yang ditulis hasil daripada kajian yang dibuat sejak 2002 hasil dapatan daripada ummat Islam seluruh dunia. Menanyakan beberapa persoalan fundalmental yang menjadi permasalahan pokok kepada imej ummat Islam dan Islam itu sendiri.

Apa yang saya ingin ungkapkan disini adalah ucapan tahniah saya kepada Dalia Mogahed yang berbahas dalam satu forum bersama dgn seorang feminis terkenal Irshad Munji, TorontoCanada. Beliau telah menulis beberapa buku kontroversi termasuklah The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith. dan The New Hope for Islam yang boleh di dapati dalam bahasa melayu dan dibaca secara percuma.

Bagi saya Irshad mempunyai niat yang murni untuk melihat Islam dipandang positif oleh orang bukan Islam, dan beliau mahu menegakkan keadilan dalam persektif beliau sendiri. Beliau yang kelihatan seperti seorang yang penuh kekecewaan percaya bahawa Islam adalah merupakan faktor kepada kemunduran dan kezaliman kepada kaum hawa. Dengan kefahaman ini, beliau seperti mana feminis2 yang lain menggagaskan kepada rekonstruksi al-Quran kepada fahaman2 yang dianggap lebih progressif mambela hak asasi manusia.

Erm.. niatnya nampak murni tapi kefahamannya salah dan kecelaruan sudut pandang sarwajagat Islam, Islamic world view. Inilah masalahnya apabila kita meletakkan agama, hukum dan keadilan di tangan sendiri. Ketiga2 perkara ini akan disalah gunakan dan dimanipulasi mengikut nafsu dan suka hati kita sendiri. Dalam hal ini, manusia memerlukan satu garis panduan yang jelas daripada sesuatu yang berkuasa, merujuk kepada wahy. Wahyu yang diturunkan adalah merupakan panduan daripada Allah swt yang mencipta manusia, mengetahui lebih daripada kemampuan akal. Akal mungkin boleh mengatakan ya kepada sesuatu, tetapi tidak kepada wahy. Ini adalah kerana, akal hanya mampu menafsirkan sesuatu yang mampu dicapai oleh lima deria manusia, daripada deria ini akal manusia membuat tafsiran, tetapi tidak bagi wahy, wahy adalah jauh daripada limitasi deria manusia apatah lagi untuk menentukan apa yang baik dan buruk kepada manusia.

Berhubung kait dengan isu ini, saya ingin kaitkan dengan hujah yang disampaikan oleh irshad yang mengatakan bahwa terdapat seorang Imam di Amerika yang menulis satu artikel, membolehkan perkahwinan antara pelbagai penganut agama tanpa perlunya kepada penukaran agama. Irshad yang mengagung-agungkan tulisan Imam tersebut mengatakan tulisan itu akhirnya telah diterjemah kepada 19 bahasa dan menjadi rujukan kepada ummat Islam moden.

Menarik disini adalah apabila Dalia secara tuntas menempelak hujah tersebut dengan mengutakan bahawa adalah hal agama, hukm dan keadilan dalam Islam tidak boleh diterjemah dan ditafsirkan sesuka hati, tanpa adanya 'religious authority' atau pun mereka yang mempunyai hak, kreadibiliti di dalam menafsirkan hukum dan agama. Mereka haruslah melalui sistem pendidikan Islam, dan melalui perguruan ilmu bersama ulama-ulama yang muktabar dan diberi Ijazah, pengtauliahan daripada ulama tersebut.

Saya sendiri jika boleh berhujah, saya pertikaikan bagaimana sebuah hukm boleh dibuat dan dijatuhkan melalui sebuah artkel, tambah pula imam mana, atau siapa tidak pula diketahui Kalau di Malaysia, Imam Ayah Pin yang mungkin buat hukm, pasti jadi masalah. Orang yang tidak mempunyai hak dan layak di dalam mendifinasikan hukm, diberikan kuasa yang tidak sepatutnya. Al-Qardhawi sendiri malah mana2 ulama Islam sekali pun dalam mengupas satu2 isu bukan menulis artikel, tetapi hujah mereka di tulis dalam sebuah buku. dibuat secara terperinci, berhati-hati dan bertanggungjawab.

Inilah masalah yang akan timbul apabila agama, hukm dan keadilan dibawa ke tangan sendiri, maka kecelakaan dan kecelaruan akan berlaku. Dalia menambah, al-Qaeda yang dikatakan berjuang atas nama agama pun berlaku akibat daripada sikap dan pendekatan ini kepada al-Quran dan wahy dalam Islam. Intrepetasi mungikut sedap nafsu ini akhirnya mengakibat dua kelompok yang kian dominan dalam dunia Islam pada hari ini. Dalam fenomena inilah al-Qardawi meletakkan dua kelompok yang lahir digelar sebagai al-Ghulub Tafarraqu fi Deen, kelompok yang melampau dalam agama dan kelompak pelonggar agama Tasahul fi Deen.

Berkait rapat dalam hal ini, saya ingin memberikan contoh di luar agama Islam. Sewaktu dunia kecoh dengan filem kontroversi adaptasi daripada novel Dan Brown. Da Vinci Code. Filem Da Vinci Code yang mempersoalkan pelbagai perihal fundamental dalam kristian, malah memaparkan bahawa wujudkan gerakan rahsia Opus Dei, isu The last Supper dan Mary Maglandale dan Priory of Sion, menjadi isu kontroversi dalam dekad ini kepada agama Kristian. Ketika itu, ramai penganut Islam yang memandang sinis dan ketawa kepada agama kristian. Pembesar-pembesar Kristian membantah dan menafikan semua isu-isu yang diusulkan oleh Dan Brown. Malah penganut Kristian diseluruh dunia membantah, dibeberapa negara termasuk Filipina, Italy dan India mengharamkan filem ini dan di India terdapat mogok lapar membantah filem ini.

Di saat ini saya menyatakan bantahan saya kepada kepada filem tersebut. Bukan bermaksud saya mengakui kebenaran Kristian, tetapi di dalam hal agama kita harus punya prinsip biarlah mereka yang layak dan wibawa dalam agama tersebut untuk bercakap mewakili agama tersebut. Masalah ini begitu menular dalam Islam. Mereka yang liberal, sekular dan ekstrim mengaku mewakili Islam akan kemudian memberikan tanggapan yang salah terhadap Islam. Bayangkan bagaimana jika dalam dialog antara agama, Islam diwakili oleh Zainah Anwar dan Kristian diwakili oleh Dan Brown. Pasti rosak agama.

[Tonton temu ramah Esposito dan Dalia Mogahed]

No comments: