Saturday, July 26, 2008

TEORI 'ENGAGEMENT' DAN PERLEMBAGAAN

TEORI ‘ENGAGEMENT’ DAN PERLEMBAGAAN
www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Dalam teguran saya, saya cuba untuk bersikap seimbang sebaik mungkin, malah dalam memberikan pandangan saya lebih suka untuk dilihat berada di luar kerangka pimpinan PKPIM walaupun saya adalah exco PKPIM.

Dalam soal perbincangan atau muzakarah antara PAS, DAP, MCA UMNO dalam erti kata kelompok yang pelbagai, ya sudah pasti saya amat setuju dgn cadangan tersebut. Malah saya melalui sistem pendidikan yang dibina dalam PKPIM mengunjurkan dan menggalakkan ‘teori engagement’, berdialog dan kebersamaan, dampingan dengan semua kelompok yang ada tak kira fahaman dan agama, apatah lagi perkauman kerana Islam telah mememecah tembok perkauman sejak kedatangannya 1400 tahun dulu.

Malah dalam PKPIM, walaupun yahudi sekalipun kita diajar untuk ‘engage’ dan berdamping serta dialog untuk memecahkan tembok salah faham. Sebab itu dalam isu, Geert Wilders , Filem Fitnah sebagai contoh, PKPIM mencadangkan untuk diadakan pertemuan dan dialog bersama Wilders. Untuk menjelaskan kepadanya tentang sikap sebenar ummat Islam. Tembok prejudis juga tidak akan berlaku jika kita mula untuk komunikasi dan muzakarah.

PKPIM membela Islam dan melayu, dalam masa yang sama PKPIM mengangkat martabat semua rakyat atas dasar kebenaran dan keadilan tanpa mengira bangsa dan agama. PKPIM adalah badan berbasis Islam yang menentang DEB secara konsisten sejak awal pelaksanaannya di era 70-an dulu. Pengagihan kekayaan negara secara adil dan telus terus menjadi perjuangan PKPIM secara konsisten. Ini dapat dilihat dalam isu Baling, Berembang, Telok Gong, dan beberapa isu lagi.

PKPIM juga memperjuangkan pendidikan percuma dalam isu pendidikan. Tidak kira bangsa atau kaum, hak rakyat harus diberi. Sebagai contoh dalam isu Biasiswa, PKPIM menggagaskan agar jangan terperangkap dengan permainan kuota JPA. Isu sebenarnya adalah peluang untuk mendapat biasiswa harus diperbesarkan dan diperluaskan. Pelajar-pelajar yang cemerlang tidak kira bangsa dan agama harus diberi peluang untuk mendapat biasiswa.

Untuk menjawap pentanyaan saudara sebenarnya bukan sahaja peminta sedekah India, malah Kaum India yang berada di ladang dan di tengah bandar juga harus dibela jika mereka tertindas. Soal keadilan yang dibawa tidak pernah dibatasi dengan kaum. Martabat dan kemakmuran ini harus diangkat kepada semua, tanpa mengira jurang.

Masalah kita pada hari ini bukanlah mana-mana kaum dalam erti kata Melayu menindas minoriti atau kaum lain, begitu jika kita tidak berhak mengatakan kaum lain mengancam kaum Melayu, tetapi masalah sebenar kita pada hari ini adalah kelopok-kolompok tertentu dalam negara kita yang terdiri daripada semua kaum terutama dikalangan kepimpianan yang ada adalah korup, perasuah dan bebal.

Soal keperitan rakyat apakah Melayu begitu senang sehingga menindas kaum lain, atau adalah kaum lain terutama Cina dan India begitu mewah sehingga mengancam ekonomi dan politik kaum Melayu?

Diakhirnya sebenarnya kita perlu sedari dalam ini keperitan hidup ini, tidak ada mana-mana kaum yang menindas antara satu sama lain, tetapi keperitan hidup ini dirasai oleh semua kaum. Melayu , Cina, India dan minoriti yang lain semua sedang sengsara dengan keperitan yang ada. Dalam hal ini berpunca daripada faktor yang saya nyatakan sebentar tadi ditambahkan lagi sistem kepimpinan dan pentadbiran ‘Governance’ negara yang lemah.

Dalam pada masa yang sama PKPIM juga berpendirian tegas dalam beberapa isu termasuklah isu kedudukan agama Islam dan Bahasa kebangsaan dalam perlembagaan. Bahasa Kebangsaan perlu dijulang oleh semua kaum sebagai bahasa kita semua rakyat Malaysia. Faktor bahasa ini adalah faktor penyatu dan pembentuk jati diri bangsa. Bahasa Kebangsaan akan menjamin komunikasi antara kaum dan merapatkan jurang. Jika ini tidak dihormati maka akan perlaku prejudis yang tebal dan salah faham antara kaum.

Dalam hal agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia adalah merupakan sesuatu yang lumrah dalam kontrak sosial sebuah negara, untuk mengangkat agama anutan majoriti sebagai agama rasmi. Malah, Perancis dan Turki yang ultra sekular itu pun mengangkat agama majoriti sebagai agama rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan mereka.

Dalam hal perlembagaan pula, kita harus sedar bahawa Perlembagaan adalah aturan, undang-undang tertinggi sesebuah negara, yang dibentuk untuk memastikan perjalanan sebuah negara.

Perlembagaan bukanlah milik mak bapa kita, atau individu tertentu, atau penduduk generasi tertentu, tetapi perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara yang menjadi aturan perjalanan dan perjanjian semua rakyat bagi negara yang berdaulat.

Menyedari hal ini, perlembagaan berhajat, berkehendakkan kepada rakyat yang mampu untuk 'hormat' dan 'menyanjung'nya. Bukan jika kita tidak puas hati akan sesuatu terus dituduh perlembagaan sebagai faktor kesalahan dan diubah sewenang-wenangnya. Apabila lahir pula generasi yang lain, juga menuntut agar diubah. Begitulah seterusnya.

Dalam hal ini saya tidak mampu untuk bercakap panjang, saya juga berpandangan banyak perkara yang harus diubah dalam masyarakat kita demi melihat perkembangan yang lebih baik. Dan dalam pada masa yang sama perjuangan juga harus ada beberapa batasan dan sempadan untuk menjadikan kita tulus dan objektif dalam perjuangan. Perjuangan ini yang sebenarnya mengikat saya untuk menjadi sebuah identiti Rakyat Malaysia, Perlembagaan.

2.07 am 25 Julai 2008
Bilal D3.3
SAIFULLAH ZULKIFLI

No comments: