Thursday, July 24, 2008

TEGURAN UNTUK TEMAN-TEMAN GERAKAN MAHASISWA: PENYATUAN DALAM KEPELBAGAIAN

TEGURAN UNTUK TEMAN-TEMAN GERAKAN MAHASISWA: PENYATUAN DALAM KEPELBAGAIAN
www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Minggu lepas sewaktu satu pertemuan antara badan-badan mahasiswa diajukan soalan berhubung dengan pendirian PKPIM yang menyokong muzakarah antara UMNO dan PAS.

Badan mahasiswa, yang ‘satu’ itu, nampaknya kurang bersetuju, malah nampaknya agak berang dengan pendirian tersebut. Sehinggakan bertindak untuk menulis sebuah draf kenyataan media yang mengecam pendirian PKPIM.

Pada hari ini, jelas tertera perang kenyataan media antara PKPIM dan SMM. 'Katanya' daripada pengerusi SMM Syeikh Omar Ali, atas menjaga menjaga sensitiviti dan perasaan kaum lain, SMM menyelar kenyataan PKPIM.

Dalam hal ini sebenarnya penulis ingin menegaskan bahawa Muzakarah, atau dalam perkataan lain, dialog, mesyuarat, pertemuan, perbincangan dan sebagainya memberikan satu imej sihat dan matang kepada semua bahawa banyak masalah boleh diselesaikan melalui meja rundingan. Ini juga selaras dengan tuntutan Islam seperti mana yang telah dimaktub dalam al-Quran. Berdasarkan pengertian ini, adakah terlampau bermasalah jika diadakan muzakarah, dialog, perbincangan, pertemuan atau mesyuarat?

Sejak bilakah muzakarah, perbincangan atau dialog menjadi masalah dalam politik, atau perkauman dalam negara?

Selain daripada dianjurkan dalam Islam, semua pihak perlu fahami bahawa muzakarah, dialog atau perbahasan adalah menjadi salah satu daripada praktis yang diamalkan dalam sistem demokrasi. Semua pihak berhak untuk bertemu dan berbincang antara satu sama lain. Malah, tidak menjadi masalah jika DAP dan MCA bertemu dan berbincang masalah kaum Cina yang perlu diselesaikan, selagi mana ianya berada di dalam ruang lingkup perlembagaan.

Begitu juga halnya dalam PAS dan UMNO, PAS dan UMNO berhak untuk berbincang mengenai hal ehwal Islam dan kaum Melayu. Kita tidak perlu untuk merasa terancam, prejudis dan sangsi dalam hal muzakarah, perbincangan ini.

Namun demikian, ingin saya tegaskan di sini bahawa muzakarah atau perbincangan ini haruslah berdasarkan prinsip dan landasan yang betul. Prinsip asas, berdasarkan kebenaran dan keadilan perlu menjadi perkara pokok dalam perbincangan itu. rakyat dan kepentingan ummat perlu menjadi tonggak dalam perbincangan.

Malangnya, ada juga segelintir golongan di peringkat bawahan yang pada hari ini begitu rancak berbicarakan masalah muzakarah tersebut. Muzakarah yang diharapkan membincangkan nasib rakyat dan ummat bertukar menjadi muzakarah membincangkan nasib politik dan parti. Tawaran-tawaran yang menarik, jawatan-jawatan tertentu mungkin tidak perlulah di perincikan. Perkara ini boleh jadi fitnah semata-mata, tetapi jika betul seperti yang dihebohkan, hal inilah yang menjadi kecelakaan dalam muzakarah tersebut.

Melihat kepada senario inilah sebenarnya memerlukan NGO-NGO tertentu untuk bertindak secara lebih bijak agar tidak terperangkap dalam permainan politik luar. Jangan bersikap naif dan 'terlalu ikhlas yang akhirnya memakan diri dan ummat sendiri.

Benarlah kata SN Shahnon Ahmad dalam novel kontroversinya yang melihat politik seperti ini tak ubah seperti tong-tong Najis yang hanya mengangkut 'Taik' dan istilah lucah Fathi Aris 'Politik G*****t' yang disifatkan politik untuk memuaskan nafsu golongan-golongan tertentu. Hobbes yang menyifatkan manusia sebagai 'Political Animal' memperlihatkan manusia jika melibatkan soal politik segala-galanya bisa berlaku untuk kepentingan diri.

Terakhir, sekadar kebimbangan daripada seorang senior SMM, yang pernah terlibat dalam penubuhan SMM hujung 2003 dulu, menegaskan bahawa SMM berperanan untuk memperjuangkan hak-hak mahasiswa dan pengajian tinggi di Malaysia. Dengan Niat yang begitu menjulang tinggi dan tulus murni sebenarnya memperlihatkan muafakat antara badan-badan mahasiswa yang ada.

Biarlah isu politik kepartian ini di selesaikan oleh mereka yang salayaknya. PKPIM berhak untuk mengeluarkan pendirian. Begitu juga ‘satu’ itu, jika ‘satu’ mahu mengeluarkan pendirian, silakan. Tapi jangan gunakan permuafakatan SMM, tambah pula menggunakan nama Syeikh Omar selaku pengerusi. Kenyataan SMM tidak boleh dikeluarkan jika tidak mendapat persetujuan salah satu daripada badan gabungan. Kalaupun mahu dikeluarkan juga, gunakan terus nama ‘satu’ itu. Mengapa perlu keluarkan kenyataan yang membidas badan gabungan sendiri? Umpana Memakan Sahabat sendiri.

Kalaulah alasan yang digunakan untuk menjaga sensitiviti kaum lain, itu adalah alasan paling tidak relevan dalam SMM. Mengapa tidak dihormati PKPIM, KARISMA, PMI dan GAMIS yang basisnya adalah fron mahasiswa melayu dan Islam.

Dalam badan permufakatan seperti ini SMM seharusnya menonjolkan sikap toleransi walaupun berbeza pandangan, tetapi mampu duduk semeja kerana kesepakatan yang kita ada dan perjuang dengan isu yang sepatutnya. Dalam hal-hal yang boleh memecahkan apalah salahnya jika kita berdialog dan letak ke tepi sebentar. Bak kata Hassan al-Banna.

4.57 pm 24 Julai 2008
BILAL D 3.3
Saifullah Zulkifli

No comments: