A. Samad Said dengan nada kecewa dan marah mengumumkan bahawa beliau tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara. Ini berikutan dengan peminggiran karya-karya Sasterawan Negara oleh Kerajaan. Kementerian Pendidikan telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja seperti karya Ahadiat Akashah.
Pak Samad mengumumkan perkara tersebut hari ini (19 Januari 2008) pada pukul 5.35 petang di Acara Baca Puisi, RA Fine Arts Gallery.
Saifullahul Maslul
Assalamualaikum. ..
Rakyat berasa kecewa keatas apa yang telah berlaku
kepada sastera Malysia. Karya polular telah diangkat
setingginya menggantikan karya sastera.
Karya-karya sastera yang mengangkat nilai ilmu dan
kebudayaan dikalangan masyarakat malaysia, jika
dibanding dengan karya polular yang hanya mementingkan
nilai exotik dan belaian jiwa yang hanya membawa
kelalaian dalam masyarakat.
Fenomena yang berlaku seperti ini adalah manifestasi
budaya santai dan hedonistik yang melular di dalam
masyarakat. Karya-karya popular yang kebanyakkan hanya
mementingkan keuntungan komersial tidak seharusnya
menjadi bacaan dalam silibus kesusteraan dalam
pembelajaran di sekolah.
Sebelum ini Majalah-majalah seperti Dewan Budaya, dan
Tunas Cipta telah ditutup penerbitannya, tetapi pada
hari ini masyarakat Malaysia telah dizalimi sekali
lagi dengan penggunaan buku teks KOMSAS dikalangan
penulis karya popular.
Sebelum ini, bunyi-bunyi daripada bangunan tinggi DBP
telah mendengarkan dendangan bahawa Johan Jaafar telah
banyak memainkan peranan dalam perkara ini. tapi itu
mungkin kata-kata umum yang belum dipastikan
keshahihannya.
A.Samad Said juga dengan nada yang kecewa menyatakan
bahawa beliau telah menjadi antan sasterawan negara
kerana terlampau kecewa diatas apa yang telah berlaku.
A.samad Said telah meluahkan kekecewan tersebut
sewaktu perasmian Perasmian Daerah Samad di Galeri
Petronas.
Saya selaku mahasiswa ingin menyeru kepada
sahabat-sahabat yang lain untuk mengambil berat dalam
isu ini. Ini melibatkan survival bahasa melayu sebagai
bahasa ilmu. " BAHASA JIWA BANGSA"
____________ _________ _________ _________ _________ _______
-Novel popular Ahadiat Akashah akan jadi teks sekolah,
tiada karya SN (Sasterwan Negara) tersenarai
Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA) cukup prihatin
dengan perkembangan terkini berkaitan dengan
pendidikan negara. Keputusan Kementerian Pelajaran
untuk tidak menyenaraikan sebarang karya Sasterawan
Negara(SN) sebagai buku teks sastera bagi sekolah
menengah pada tahun 2010 adalah amat mendukacitakan.
Ia tragedi terbaru tanah air setelah kerajaan barisan
nasional pimpinan mertua khairy jamaludin menghapuskan
pendidikan bahasa ibunda Melayu dalam matapelajaran
sains dan matematik.
Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) Kementerian
Pelajaran membuktikan betapa dungu dan bingainya
pemikiran mereka bilamana memberikan alasan maha bodoh
bagi menolak karya SN warisan berharga untuk
dipelajari di sekolah-sekolah. PKK yang menyelenggara
Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya
SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar
difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis
popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam
usaha menarik minat para pelajar. Antara penulis yang
karya mereka termasuk dalam senarai baru itu ialah
Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid
Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.
SAMA tidak dapat menerima hakikat novel-novel Ahadiat
Akashah seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga
Hari akan menjadi rujukan para pelajar bagi
pembelajaran sastera. Novel dan karya seperti ini
tidak mengandung apa-apa nilai kesusasteraan,
kemanusian dan pemikiran. Ia tidak lebih daripada
sekadar hanya cerita cinta remaja yang cukup ringan
dan kosong pemikirannya. Seperti langit dengan bumi
jika mahu membandingkan karya-karya Usman Awang dengan
penulis seperti Ahadiat Akashah ini.
SAMA melihat tindakan ini sebagai usaha untuk
membudayakan kebodohan dalam masyarakat. Pak imam
hadhari yang masih tidur dibuai mimpi kuasa dan harta
mahu rakyat Malaysia bodoh seperti dirinya. Pemerintah
mahu rakyat tidak menyoal dan berfikir. Maka dengan
itu lebih mudahlah kerja-kerja perasuah-perasuah untuk
merompak dan menindas rakyat jelata.
SAMA juga melihat unsur rasuah dan penyelewengan kuasa
dalam hal ini. Siapakah yang akan mendapat keuntungan
bagi mencetak sekitar 200, 000 hingga 300, 000 naskhah
bagi seorang pengarang yang baru tersenarai itu?
Jikalau ada 12 pengarang baru., berapa banyakkah
keuntungan yang dikaut hasil kegiatan pembodohan ini?
SAMA akan berjuang bagi mempertahankan rakyat daripada
terus diperbodohkan pemerintah. SAMA tidak mahu
generasi akan datang miskin ilmu pengetahuan. Justeru
SAMA menolak budaya yang memiskinkan ini. Tolak
membudayakan kebodohan!
Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA)
No comments:
Post a Comment