Wednesday, January 23, 2008

Caj Pentadbiran PTPTN dan Dasar Pendidikan Pres. Johnson


Assalamualaikum wbt…


Cukup menarik tulisan YDP MPP UM yang menulis tentang
Caj pentadbiran PTPTN di akhbar berita harian hari
ini. Saya secara peribadi menghormati pandangan beliau
yang meletakkan niat baik untuk membantu mengurangkan
beban kos kerajaan.

Namun demikian saya perlu menyatakan hasrat saya
bahawa MPP seharusnya menjadi juru cakap kepada
mahasiswa. Mengapa mahasiswa perlu dibebankan dengan
caj bayaran sedangkan mahasiswa mempunyai peluang
untuk mendapat pinjaman pendidikan tanpa caj tambahan
atau bunga. Malah secara peribadi ingin saya tekankan
bahawa kita selaku mahasiswa seharusnya meletakkan
matlamat untuk memperjuangkan pendidikan percuma di
semua peringkat.

Saya juga sedar bahawa kerajaan telah memberikan fokus
yang besar kepada pendidikan. Kerajaan telah
meletakkan peruntukkan yang besar iaitu kedua
tertinggi selepas pertahanan. Namun demikian saya
ingin coretkan disini bahawa mungkin usaha itu tidak
mencukupi.

Mungkin ada sesuatu yang baik, yang boleh kita
belajar daripada Amerika Syarikat. Dalam pembacaan
saya, kejayaan Amerika pada hari ini di dalam membina
generasi dan pendidikan terbaik dunia adalah titik
tolak daripada pemudahan dasar pendidikan yang
dilaksanakan sebelumnya.

Perkara ini saya tujukan khusus kepada Presiden ke 36
Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson yang meletakkan
Pendidikan sebagai faktor utama di dalam membina
sesebuah Negara. Beliau melaksanakan dasar “Education
Aid” dengan merangka “Elementary and Secondary
Education Act (ESEA) of 1965” dan “Higher Education
Act 1965”. Kedua-dua peruntukkan undang-undang ini
telah memberikan peruntukkan yang besar di dalam
menyumbang kepada mengangkat pendidikan di AS.
Pendidikan-pendidka n percuma, bantuan perpustakaan,
geran-geran penyelikan, dana-dana seperti National
Endowment for the Humanities dan the National
Endowment for the Arts dan perbagai lagi dasar
pendidikan yang dilaksanakan memudahkan pendidikan
kepada rakyat AS.

Saya tidak mahu celoteh panjang dengan perkara ini, di
bawah saya tampilkan juga tulisan tentang Presiden
Johnson. Tapi yang penting kepada saya adalah,
Malaysia harus menuju kepada Pendidikan Percuma.
Langkah pertama yang harus dilakukan adalah
menghapuskan caj pentadbiran PTPTN

______________________________________________________________________

Lyndon Baines Johnson (August 27, 1908 – January 22,
1973), often referred to as LBJ, was the thirty-sixth
President of the United States (1963–1969). Johnson
served a long career in the U.S. Congress, and in 1960
was selected by then-Presidential candidate John F.
Kennedy to be his running-mate. Johnson became the
thirty-seventh Vice President, and in 1963, he
succeeded to the presidency following Kennedy's
assassination. He was a major leader of the Democratic
Party and as President was responsible for designing
the Great Society, comprising liberal legislation
including civil rights laws, Medicare (health care for
the elderly), Medicaid (health care for the poor), aid
to education, and a "War on Poverty." Simultaneously,
he escalated the American involvement in the Vietnam
War, from 16,000 American soldiers in 1963 to 550,000
in early 1968.

He was elected President in his own right in a
landslide victory in 1964, but his popularity steadily
declined after 1966 and his reelection bid in 1968
collapsed as a result of turmoil in his party. He
withdrew from the race to concentrate on peacemaking.
Johnson was renowned for his domineering (or
dominating) personality and the "Johnson treatment,"
his arm-twisting of powerful politicians.
Johnson suffered a massive heart attack in 1973, the
third in his lifetime. He died on January 22, 1973.

Federal aid to education

Johnson had a lifelong commitment to the belief that
education was the cure for both ignorance and poverty,
and was an essential component of the American Dream,
especially for minorities who endured poor facilities
and tight-fisted budgets from local taxes. He made
education a top priority of the Great Society, with an
emphasis on helping poor children. After the 1964
landslide brought in many new liberal Congressmen, he
had the votes for the Elementary and Secondary
Education Act (ESEA) of 1965. For the first time large
amounts of federal money went to public schools. In
practice ESEA meant helping all public school
districts, with more money going to districts that had
large propositions of students from poor families
(which included all the big cities). However, for the
first time private schools (most of them Catholic
schools in the inner cities) received services, such
as library funding, comprising about 12% of the ESEA
budget. As Dallek reports, researchers soon found that
poverty had more to do with family background and
neighborhood conditions than the quantity of education
a child received. Early studies suggested initial
improvements for poor kids helped by ESEA reading and
math programs, but later assessments indicated that
benefits faded quickly and left students little better
off than those not in the programs. Johnson’s second
major education program was the “Higher Education Act
of 1965," which focused on funding for lower income
students, including grants, work-study money, and
government loans. He set up the National Endowment for
the Humanities and the National Endowment for the
Arts, to support humanists and artists (as the WPA
once did). Although ESEA solidified Johnson's support
among K12 teachers' unions, neither the Higher
Education act nor the Endowments mollified the college
professors and students growing increasingly uneasy
with the war in Vietnam.

Caj khidmat pinjaman PTPTN memadai – Berita Harian 22 Jan 2008


ISU pinjaman kewangan untuk pendidikan peringkat
tinggi di negara ini sering kali merujuk kepada Tabung
Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Memang ia
isu yang hangat diperdebatkan dan dikaitkan dengan
unsur riba bagi caj kos perkhidmatan dikenakan kepada
peminjam.

Pelbagai pihak turut dipersalahkan dalam hal ini.
Seharusnya kemelut ini perlu diselesaikan dengan
mempertimbangkan keadaan saksama tanpa mencetuskan
sebarang bibit hasutan.

Berdepan dengan masalah pembayaran semula pinjaman,
tanggungan yuran pembelajaran tinggi, kos kehidupan
tinggi serta memenuhi kehendak asasi dalam dunia
mahasiswa kadangkala mendatangkan kerisauan kepada
mereka dalam meneruskan cita-citanya melanjutkan
pengajian ke peringkat tinggi.

Walaupun pelbagai masalah dihadapi, kemasukan pelajar
daripada pelbagai kaum ke IPTA di seluruh negara
mencatatkan pertambahan.

Kerajaan masih berlapang dada dalam menyelesaikan
masalah pembayaran balik pinjaman PTPTN kerana
memikirkan nilai modal insan keluaran universiti terus
menyemai bakti dalam meningkatkan produktiviti negara.
Sebenarnya, kesediaan kerajaan memberi pinjaman adalah
bukti dan usaha murni untuk mendemokrasikan pendidikan
sehingga ke akar umbi. Keadaan menang-menang mesti
dicari sebagai pilihan menyelesaikan permasalahan.
Hakikatnya, caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus
yang dikenakan adalah memadai kerana ia digunakan
untuk menyelia tadbir pengurusan dan kos keseluruhan
kakitangan institusi PTPTN.

Selebihnya, kerajaan menanggung subsidi membayar
kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jangan hanya kerana 'seekor nyamuk, kelambu juga
menjadi mangsa' dan jangan kerana sikap kita sebagai
pelajar yang menikmati pinjaman PTPTN, kerajaan
dipersalahkan.

Perbetulkan kembali diri dulu dan kita mampu
mengubahnya kerana kuasa paradigma perubahan tertakluk
pada diri sendiri. Gunakanlah dengan bijak anugerah
diberi dan jangan membazir kepada saluran yang tidak
membantu meningkatkan daya minda intelektual.

Perjalanan sebagai pelajar di universiti masih jauh
dan manfaatkan sebaiknya untuk masa depan negara yang
lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Ketepikan sementara waktu mengenai pembayaran balik
pinjaman dan semai niat untuk mendalami ilmu
bersungguh-sungguh supaya apabila lulus nanti mendapat
status pekerjaan yang baik. Ini sebenarnya hasrat
kerajaan untuk melihat kadar kemajuan dalam
pembangunan negara selari dengan perkembangan kendiri
selaku anak muda bangsa pewaris kepemimpinan akan
datang.
Berfikiran positif dalam tindakan dengan menanggapi

masalah sebagai satu cabaran untuk melangkah dengan
lebih jauh sesuai dengan aspirasi negara.

AFFANDY SUSTRINO TANJUNG,
Universiti Malaya.

No comments: