HAGIA SOPHIA DI HATI UMMAT
Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
www.saifullahzulkifli.blogspot.com
Peluang untuk berada di bumi Turki telah memberikan seribu satu pengalaman. Tanggal 5 Disember 2007 kaki memjejak di tanah bumi khilafah terakhir Islam, khilafah Uthmaniah. Bumi Istanbul yang pada asalnya adalah Kota Konstantinople yang diperintah oleh kerajaan
Muhammad al Fateh meletakkan iltizam dan kesungguhan yang tinggi untuk menakluk
Malah penduduk Kristian Ortodox ketika itu lebih mengalu-alukan kehadiran Islam kerana keadilan dan keamanan yang dibawa berbanding Kristian Katolik yang bertelagah antara satu sama lain. Ungkapan yang diluahkan oleh penganut agama Kristian Ortodox “ Aku lebih rela meliha serban orang-orang Turki di Byzantium daripada topi Katolik” seperti mana yang dicatat di dalam buku Osmali History oleh Mehmet Maksudoglu.
Serangan yang dilancarkan ke atas
Muhammad al-Fateh telah lebih awal mengetahui tentang kewujudan Hagia Sophia dan sejak sebelum baginda membuka
Gereja Hagia Sofea pada asalnya adalah merupakan sebuah gereja Ortodox yang dibina oleh kerajaan Byzantium sewaktu pemerintahan Raja Justinian pada antara 532 hingga 537 SM, yang merupakan gereja suci ketiga yang dibina selepas dua buah gereja yang dibina sebelumnya itu runtuh. Arkitek kepada Hagia Sophia adalah Isidore of Miletus dan Anthemius of Tralles, yang memperlihatkan keindahan seni bina
Sewaktu pemerintahan Sultan Selim II (1566-1577), masjid ini telah diperkukuhkan struktur binaannya dengan jurutera Sinan yang dianggap sebagai arkitek gempa bumi pertama dunia. Sewaktu itu telah ditambah dua menara tambahan pada barat bangunan tersebut yang bertujuan untuk memperkukuhkan struktur tanah dan bangunan tersebut menjadi kalis gempa.
Sultan Mahmud I pula telah bertanggungjawab untuk membina madrasah Al-Quran dan sekarang menjadi Perpustakaan Muzium. Manakala Sultan Abdul Majid telah mengupah lebih daripada 800 orang pekerja pada tahun 1847, dibawah pemantauan arkitek daripada Swiss-Itali, Gaspare dan Guiseppe Fossati untuk menambah naik kubah dan tiang-tiang serta menambah hiasan di luar dan dalaman masjid tersebut. Pada ketika ini jugalah sebuah khaligrafi besar yang ditulis khalimah Allah swt, Nabi Muhammad saw, empat orang khalifah dan cucu nabi oleh ahli khaligrafi terkenal Kazasker İzzed Effendi (1801-1877).
Namun demikian, sejarah hitam kepada masjid Hagia Sophia pada tahun 1935, apabila Mustafa Kamal Ataturk telah berjaya menumbangkan khilafah Uthmaniah, beliau telah menutup masjid itu dan mengharamkan solat dijalankan di masjid tersebut. Masjid tersebut telah ditukarkan kepada muzium dan segala lambang-lambang agama kristian yang telah ditutup oleh Muhammad al-Fateh, telah dibuka. Dalam pada masa yang sama lambang-lambang agama Islam seperti mimbar, mihrab, nama Allah swt, Nabi Muhammad saw dan ayat-ayat Al-Quran masih ada.
Bagi sesetengah orang Turki, beranggapan bahawa ini adalah keajaiban dimana Islam dan Kristian mampu untuk berkongsi budaya dalam satu tempat, tetapi hakikatnya ini adalah satu penghinaan kepada ummat Islam. Hagya Sophia telah dibeli dan diwakafkan oleh Muhammad al-Fateh, dan beliau mewasiatkan agar tempat itu menjadi masjid sehingga hari kiamat. Malah menjadi satu penghinaan apabila kepada umat Islam apabila rumah Allah menjadi muzium dan ayat-ayat suci al-Quran bercampur aduk dengan lambang-lambang agama lain. Tindakan ini juga telah mendapat tentangan hebat daripada Ustaz Said Nursi Badiuzzaman.
Diakhir tulisan ini penulis ingin mengajak kepada semua ummat Islam untuk mengambil tanggungjawab untuk membuka kembali Masjid Hagia Sophia dan mengembalikan masjid tersebut kepada seluruh ummat Islam.
No comments:
Post a Comment