http://www.youtube. com/watch? v=FLbR5fmWbwI& mode=related& search=
Salam...
Dalam perkara yang dipaparkan dalam video ini saya
secara peribadi merasakan ini adalah luahan yang tulus
yang melibatkan hubungan antara kaum di Malaysia. (Tak
termasuk pasal MCA tu !!)
Mungkin bagi ramai genarasi muda kedua ( GEN-2) yang
lahir pasca kemerdekaan mereka tidak merasai perit
keringat yang dikeluarkan utk membina bangsa negara
merdeka.
kaum bukan melayu yang merasakan mereka ditindas dan
rakyat kelas kedua yang sering dipinggirkan dalam
pelbagai aspek di Malaysia. Termasuk pendidikan, dan
kuasa politik serta beberapa kepentingan lain yang
melibatkan ekonomi (seperti yang ditayangkan dlm
Video).
ramai antara kita masyarakat melayu merasakan dengan
memberikan hak kerakyatan kepada kaum bukan melayu
adalah merupakan satu pengorbanan besar yang telah
dilakukan.
melayu juga harus sedar bahawa rata-rata generasi
kedua kaum bukan melayu tidak merasakan aspek
tersebut. mereka menganggap itu bukan alasan untuk
tidak dapat sama merasakan kelebihan yang diberi
kepada kaum melayu.
dalam pada masa yang sama kaum bukan melayu juga harus
faham bahawa ada 3 perkara yang menjadi isu sensitif
kepada bangsa melayu.
1. Hak istimewa
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
Pandangan Ku..
Dalam perkara ini, kadang-kadang saya terfikir. yang
merosakkan ketiga-tiga perkara ini mungkin ada orang
bukan melayu tapi kebanyakkan dilakukan oleh orang
melayu sendiri.
Bahasa Melayu....Sapa yang rosakkan bahasa melayu
dalam pendidikan di Malaysia? dalam isu sains dan
matematik, isu pelaksanaan bahasa inggeris di
Universiti. Dasar in i dilakukan oleh orang melayu
sendiri.
justeru kenapa ingin kita salahkan orang bukan melayu
yang nak balajar bahasa ibunda mereka sendiri. Malah
Islam sendiri menggalakkan kita pelajari pelbagai
bahasa.
Dalam isu Islam di Malaysia, saya mengakui bahawa
perkara2 yang melibatkan agama Islam di Malaysia
banyak dipertikaikan termasuk dalam soal perlembagaan,
azan, mualamalat Islam dll.
tapi bagi saya adalah tidak pelik jika orang bukan
Islam mempersoalkan perkara tentang Islam kerana
mereka
bukan Islam. Yang penting pada hemat saya adalah
tanggungjawab kita untuk memberi penjelasan dan
berdialog dengan kaum bukan Islam. Pamerkan keindahan
Islam. dan jangan sesekali bersikap tertutup.
Ya, memang Islam adalah satu2nya agama yang diredhai
Allah. Tapi itu tak bermaksud kita langsung tidak
boleh
ditegur jika ada yang ingin menegur. mungkin yang
salah
adalah cara pelaksanaan yang boleh berubah mengikut
masa dan tempat.
Lihat dalam isu Perlembagaan, wujud kumpulan artikel
11. kumpulan ini yang menjadi hard core adalah rata2
orang islam. termasuk SIS, dan malik imtiyaz.
dalam soal hak istimewa orang melayu. saya menyokong
kuat tentang perkara ini. Seperti mana yang telah di
perjelaskan dalam perlembagaan bahawa kaum melayu
diiktiraf sebagai penduduk asal tanah ini. justeru,
berhak untuk menerima keistimewaan.
Jadi tidak ada pertikaian dalam hal ini. Namum
demikian, yang ingin saya pertikaikan adalah kerana
ramai dikalangan orang melayu yang menggunakan hak ini
sebagai alasan untuk berlaku korupsi dan
penyelewengan.
saya paling menyampah apabila pada Isnin yang lepas,
terpampang di muka depan dada akhbar menyatakan "
Jangan Pertikai DEB; Demi penghormati hak orang
melayu"
Malaysia bukan negara komunis atau totalitarian yang
segala dasar pemerintah itu mutlak. perlembagaan
meletakkan Malaysia sebagai negara demokrasi. Justeru,
ciri2 kepada negara demokrasi adalah rakyat berhak
untuk bersuara dalam menyatakan pandangan dasar dan
polisi kerajaan. Malah pemerintah mesti mengambil
pandangan rakyat dalam membuat satu2 dasar. Bukan ikut
suka hati ( macam WPI!).
Tidak mempertikai DEB bukan cara kita menghormati
orang melayu, tetapi pertikai DEB menunjukkan kita
sayang orang melayu. DEB sewaktu awal pelaksanaan
terutama zaman Tun Razak adalah zaman rakyat benar2
rasa terbela.
Tetapi DEB kali ini banyak dijadikan platform untuk
merompak duit rakyat, penyelewengan, penyalahgunaan.
Cadangan KU,
Terakhir, untuk memastikan keharmonian pelbagai kaum
di
Malaysia saya dengan rendah diri ingin mencadang
beberapa perkara:-
1. PM yang sedia ada perlu lebih banyak membaca, tegas
dalam hal2 yang melibatkan perkara2 sentitif terutama
3 aspek diatas. ( Dan Isteri yang pakai tudung..HeHe)
2. Setiap rumah perlu ada satu salinan perlembagaan
persekutuan bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia
mengetahui perkara2 dasar dalam negara.( 1 rumah, 1
Perlembagaan) Perkara ini juga turut dicadangkan oleh
Raja Nazrin sewaktu MSLS. ( Boleh dibincangkan sesama
ahli keluarga terutama sewaktu makan bersama atau
sewaktu melancong... HeHE)
3. Bahasa Malaysia diperkasakan dan dikembalikan hak
pelaksanaan di IPTA dan IPTS kerana bahasa adalah
medium penyatu kaum dan komunikasi. berlaku perpecahan
kaum kerana kurang komunikasi. Kita harus sedar bahawa
lebih 30 peratus dari kaum bukan melayu tidak boleh
bahawa melayu. Justeru saya secara keras mendesak agar
AUKU dan Akta Pendidikan 1996 dikaji semula.
4. Dasar2 dan undang2 yang boleh membawa kepada
pertikaian dan kezaliman harap dibubar dan dikaji
semula. Contah AUKU, ISA, Rahsia, Aku Janji, Hasutan
dll. Dalam Isu DEB saya sayang sebenarnya, tapi saya
mohon sgt la, untuk dikaji semula. Untuk mengelak dari
berlaku penyelewengan dan seperti kat DS Najib, DEB
wajar dikaji bagi relevan mengikut keperluan semasa.
SAIFULLAH ZULKIFLI
Generasi Mahasiswa Prihatin
www.saifullahzulkif li.blogspot. com
http://www.youtube. com/watch? v=FLbR5fmWbwI& mode=related& search=
Thursday, August 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment