Friday, September 5, 2008

PENDUDUK ASAL vs PENDATANG ?

Hari ini sekali lagi kecoh dengan isu berhubung kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa orang Cina hanya pendatang di negara ini ketika berceramah pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, bulan lalu. Dan Paklah memohon maaf bagi pihak UMNO dan mendesak agar beliau juga memohon maaf.

Isu ini bukanlah satu isu yang baru. Malah pernah ada usaha selepas awal kemerdekaan tanah melayu pada tahun 1961 untuk meletakkan status Melayu sebagai penduduk asal ini diusahakan.Hasan Adli ahli parlimen Kuala Terengganu Utara yang juga timb YDP PAS pada tahun 1961 mengusulkan untuk diletakkan penyataan 'Kaum Melayu adalah penduduk asal negara ini (tanah Melayu) dan kaum lain adalah pendatang'di dalam perlembagaan, tetapi usaha ini ditolak oleh parlimen ketika itu.

Isu ini adalah isu sensitif. Malah semua pihak harus sedar tentang diri masing-masing. Kalau sudah kebenaran, apa yang hendak dinafikan. Jangan kita bertindak seperti menegakkan benang yang basah. Kelak sarang tebuan yang kita jolok itu, yang menyengat diri.

Pendirian saya, selaku anak muda yang lahir selepas, pasca 1969 melihatkan bahawa setiap individu yang mengaku dirinya sebagai rakyat Malaysia, tumpah darahnya ditanah ini berkehendakkan rakyatnya untuk ada persefahaman antara satu sama lain. Dimanakah akar kita, usul dan salasilah. Perjuangan dan beredaran masyarakat dalam lipatan sejarah perlu menjadi pedoman pada semua.

Saya menggagaskan kebebasan untuk bersuara dan berfikir. Tetapi bagi saya selaku muslim tidak ada yang mutlak dalam sesuatu. Manusia diberikan akal untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk membuat pilihan. Pilihan yang kita buat itu dipertanggungjawapkan dihari kelak. Dalam bersuara dan berfikir, walaupun bebas perlu ada batasan dan sempadan kerana kita ada kebertanggungjawapan. Kebertanggungjawapan kepada generasi muka.

Saya bercakap sebegini adalah kerana pada hari ini saya lihat ada segolongan dalam masyarakat kita, suka bercakap perkara yang tidak tepat atau sesuai untuk dicakap.

Saya tekankan soal persefahaman dan toleransi dalam konteks kesedaran yang tinggi kepada kebenaran dan keadilan. Kita perlu sedar tuhan menjadikan setiap kawasan dimuka bumi ini ada penduduk asalnya. Seperti mana Jepun untuk orang Jepun, Afrika untuk orang Afrika, Arab untuk orang Arab dan pastinya perlu kita sedar Nusantara Melayu untuk orang Melayu.

Namun demikian, dalam kita menyedari hakikat ini kita perlu jelas bahawa bukanlah kita bermaksud untuk menidakkan bangsa lain untuk datang ke tanah ini. Penghijrahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain adalah merupakan suatu fitrah dan semula jadi manusia untuk bergerak.

Begitulah hakikatnya, bahawa buruh dari India dan China dibawa secara besar-besaran untuk menjaga ladang-ladang dan perlombongan. Malah sejarah mencatatkan dari 1941 masyarakat dari China yang di bawa ke Tanah Melayu adalah majoriti berbanding bangsa Melayu pada ketika itu. Cuma kehadiran Jepun ke Tanah Melayu sewaktu perang Dunia ke 2, mengakibatkan ramai masyarakat Cina dibunuh yang akhirnya populasinya berkurangan dan Melayu menjadi majoriti semula. (Berdasarkan bancian yang pernah dibuat, kalau nak nanti saya usulkan)

Sehinggalah sewaktu usaha untuk mendapatkan kemerdekaan, hanya UMNO dan koncu2nya dibenarkan oleh British untuk wujud dan rundingan untuk mencapai kemerdekaan.

Dalam rudingan inilah memberikan satu keistimewaan bukan melayu, hanya 'Khas' untuk tanah melayu kerana kebiasaan negara yang mendapat kemerdekaan daripada penjajah tidak menberikan kerakyatan secara percuma kepada penduduk bukan asal negara tersebut. Malah kebanyakkan pendatang dihantar pulang selepas merdeka.

Bagi saya, dalam hal ini jika mahu menjadi perkauman, waktu ini patut dijadikan perkauman. Jika mahu dibicarakan soal ketuanan, hak antara satu sama lain waktu inilah yang terbaik. Jika rasakan kita tidak bersedia untuk menerima keluarga selain daripada bangsa sendiri, dihantar sahaja bangsa-bangsa lain ke negara asal mereka.

Tapi hal berlaku sebaliknya. Kita telah berjanji untuk duduk bersama, tinggal dalam harmoni dan muafakat antara kaum dan mencapai kemerdekaan ini bersama maka kerakyatan ini diberikan kepada mereka yang bukan Melayu, atau yang bukan penduduk asal. (Malah menjadi syarat juga daripada British untuk merdeka memerlukan kerakyatan daripada bangsa lain)

Tapi dengan beberapa syarat yang diletakkan dalam perlembagaan kerakyatan bukan penduduk asal diberikan dengan beberapa kompromi. Saya yakin semua arif tentang ini. Namun yang pasti untuk penduduk asal, 3 perkara harus dijamin kedudukannya, Islam, Bahasa, dan Keistimewaan. Hasilnya kita capai kata sepakat.

Daripada lipatan sejarah ini saya ingin bawakan 3 perkara mudah. Pertama kita perlu terima hakikat bahawa Melayu adalah penduduk asal tanah ini dan yang lain adalah pendatang.

Kedua adalah apabila kita sedar hakikat ini cukup untuk kita capai kata sepakat dan persefahaman. Tidak perlu untuk disebutkan tentang kedudukan, hak, perlembagaan dan seangkatan dengannya. Jangan ada dalam masyarakat kita yang tidak tahu membezakan yang mana membina dan yang mana menghancur. Contoh menghancur adalah golongan yang ingin rekonstruk perlembagaan. Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi pun kita tidak boleh hormat, justeru ada yang boleh kita hormat?

Ketiga, walaupun saya bertegas untuk isu-isu yang tidak berfaedah dan membawa malapetaka yang saya nyatakan jangan 'dijolok' tetapi saya masih menggagaskan wacana, perbincangan dan dialog yang membina permufakatan dan penambahbaikkan harus dibugarkan dalam masyarakat kita.

Jika semua sedar tentang peranan dan kedudukan kita saya percaya isu perkauman di Malaysia sudah menjadi tidak relevan. Kita harus bina masyarakat Malaysia yang tinggi budaya dan nilai, menolak hipokrasi kemunafikkan, mampu untuk menentukan hak dan bathil ke arah Malaysia yang baru.

Jangan kita mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah kelompok tertentu yang menggunakan isu perkauman untuk pentingan politik, labih malang ada NGO-NGO Islam terpengaruh dan Naif. Seronok mendengar kata-kata Prof Aziz Bari minggu lepas " yang kita nak melatah ni kenapa? yang berubah itu hanyalah politik, tetapi sistem Malaysia adalah hampir mustahil dirosakkan dan kita harus pandai menilai yang mana kebenaran dan keadilan"

SAIFULLAH ZULKIFLI

Seksyen 14

6 September 4.50 am

No comments: