Senario Islam Abad ke 21 adalah lebih kompleks dan sukar. Pertembungan bukan lagi pertembung fizikal seperti dulu. Tetapi pada hari ini adalah diistilahkan sebagai ‘Ghazwatul Fikr’, pertembungan pemikiran dan idea. Wujudnya pelbagai sekolah pemikiran yang akhirnya mengelirukan umat Islam.
Yang lebih
Gerakan yang bersifat wasotiyyah, atau sederhana kini telah tenggelam dan dilihat tidak relevan dengan keperluan zaman. Gerakan ini ditidak dapat menjawab permasalan dan keperluan umat abad 21 yang terlampau kompleks dan mencabar. Dalam fenomena inilah al-Qardawi meletakkan dua kelompok yang digelar sebagai al-Ghulub Tafarraqu fi Deen, kelompok yang melampau dalam agama dan kelompak pelonggar agama Tasahul fi Deen.
Bagi memahami senario ini, kita perlu melihat perbedaan yang ketara terutama dalam konteks sudut pandang Islam kepada dunia ‘Islamic World View’ atau lebih khusus lagi respon Islam kepada barat.
Sejak dari kurun ke-18 senario gerakan Islah dan Tajdid telah berubah daripada gerakan yang bersifat dalaman dunia Islam kepada gerakan yang menjawab permasalahan cabaran ‘challenge and response’, yang berlaku kepada dunia Islam dan barat. Dunia Islam ketika ini menghadapi cabaran dan bertembungan yang teruk kepada Pembaratan ‘Westernization’ dan kerakusan barat kepada penjajahan ‘Imperialisme’. Dalam peringkat ini, Gerakan Islah dan tajdid diperakui memberikan dampak yang besar di dalam menjawab persoalan bagaimana Islam harus berhadapan dan respon kepada barat?
Namun demikian, pada tahap ini dunia Islam mengalami ketidakupayaan sehingga diistilahkan sebagai ‘colonizable’ atau kelemehan umat Islam yang akhirnya membuatkan kita sendiri mampu untuk dijajah seperti yang diistilahkan Malik Bennabi. Dunia Islam berhadapan dengan barat dalam keadaan yang amat lemah. Malah ada sesetengah mendakwa ini adalah waktu zaman gelap Islam.
Proses pembaratan ‘Westernization’ dapat dilihat melalui beberapa inflitrasi atau pendekatan iaitu melalui teknologi, terutama teknologi dalam ketenteraan, sains, percetakkan dan media. Kedua adalah inflitrasi melalui budaya yang barat
Di dalam melihat persoalan bagaimana Islam respon atau mengambil sikap terhadap barat, terdapat baberapa orientasi pendekatan yang diberikan. Pertama adalah ‘trend’ orientasi barat. ‘Trend’ ini dilihat pro kepada barat yang melihat sistem barat dan segala yang lahir dari barat adalah yang terbaik. Kelompok ini berpandangan bahawa ianya adalah reality bahawa Dunia Islam hanya boleh menyelesaikan masalah melalui kerjasama dengan barat dengan pendekatan orientasi sekular barat.
Melalui pendekatan dan sudut pandang dunia yang begini ramai ahli politik dunia Islam telah bertindak untuk berkerjasama dan menjadi pencacai dengan barat. Contoh yang terbaik seperti mana yang telah saya maklumkan adalah mesir sendiri dibawah pemerintahan Muhammad Ali Bashar dan kaum kerabatnya sejak dari 1805-1952 dan begitu juga sehingga hari ini pemimpin yang sedia ada di mesir bersekutu kuat dengan barat dengan mengamalkan sistem kuku besi. Tragedi yang lebih baru memperlihatkan kerakusan pemerintahan barat di dalam menghapuskan kelompok Ikhwan al-Muslimin yang mempelopori Gerakan Islam dengan mengadakan tangkapan secara besar-besaran.
Pembaratan Westenisasi yang berlaku bukan sahaja dalam sektor politik melalui sistem sekular malah dalam bidang pendidikan juga dibaratkan secara rakus Mereka menjadi lebih barat daripada barat sendiri. Seperti yang telah berlaku kepada pemikir mesir Rifa’ Rafi’ at-Tantawi, Khairuddin al-Tunisi dan Ali Abd Raziq pada zaman penghujung Khilafah Uthmaniyyah, pemikir yang lebih tersusun turut dikenali sebagai Islam Liberal, Islam Prograssif, Islam Protestan dan lain-lain.
Antara nama besar yang mempelopori gerakan Islam Liberal termasuklah tokoh besar Chak Nur, Lutfi as-Syaukani di Indonesia, Muhammad Arkoun di Paris, Rashid Khalifah, dengan jaringan antarabangsa dan badan-badan bukan kerajaan yang bergerak rancak dan strategik. Kalau di Malaysia gagasan-gagasan idea seperti Islam Tanwiri, atau agenda Pencerahan kian dominant dan mengambil tempat di dalam pemikiran segilintir cerdik pandai kita.
Ini adalah merupakan salah satu daripada cabang ekstrimse yang ingin melonggarkan agama sepertimana yang digelar oleh al-Qardhawi sebagai tasahul fi Deen atas nama Islah dan Tajdid atau gerakan pembaharuan dalam konteks yang mereka terjemah sendiri dengan sewenang-wenangnya.
Dalam kelompok sebegini, pintu ijtihad dibuka seluas-luasnya sehingga berpaling dari dalil dan nas Quran dan Sunnah yang sebenar. Gerakan dan fahaman songsang seperti anti hadith dan femenisme dalam Islam lahir. Mereka mengambil bulat-bulat idea dan konsep yang dibawa daripada barat. Kepercayaan yang mengatakan bahawa Islam mundur kerana agama dan ajarannya, membuatkan ramai dikalangan tokoh-tokoh yang lahir dari pegangan sudut pandang ini melonggarkan atau mengenepikan Al-Quran dan Sunnah. Malah antara intipati besar mereka adalah rekonstruksi atau menafsiran semula al-Quran dan Sunnah sebagaimana yang dicanang oleh orientalis barat.
Kelompok eksrim atau melampau yang kedua adalah kelompok yang mana sudut pandangnya amat kontra dan berbeda daripada yang pertama. Respon dan sikap mereka kepada barat adalah penolakkan mutlak (total rejection). Dalam konteks ini agak sukar untuk diperbincangkan. Ia adalah kerana perkara pokok yang menjadi fundamental dalam Islam adalah betul dalam erti kata kelompok begini juga berkehendakkan Islam atas nama perjuangan Islam.
Namun demikian yang menjadi perbahasan adalah sudut pandang dunianya ‘world view’ yang seringkali menjadi tegangan antara Dunia Islam dan Barat. Penolakkan mutlak kepada barat tanpa bersikap hikmah dan objektif, pintu ijtihad dan kepelbagaian pandangan ditutup serapat-rapatnya, kecenderungan untuk berbalah dalam soal-soal yang furu’ atau cabang dalam Islam malah al-Qardhawi dan Syeikh Ramadhan al-Buti sendiri mendakwa persoalan yang dibawa tidak memberikan kebaikkan kepada ummat tetapi hanya menyusahkan lagi. Yang lebih menarik kelompok ini mudah didekati oleh golongan muda kerana gerakannya bersifat emosi yang membakar.
Mungkin tidak sihat untuk saya menamakan tokoh-tokoh yang banyak mempelopori gerakan sebegini, tetapi satu penilaian semula harus ditimbang di dalam perjalanan kita berjuang dan berdakwah. Perjuangan dakwah ini adalah berperingkat sifatnya, yang mengambil kira aspek maslahah masa dan tempat. Perjuangan rasulullah saw sendiri mengambil masa 23 tahun.
Kecenderungan untuk kelompok sebegini kepada penjuzukkan atau pemisahan antara barat dan Islam atau lebih terkenal dengan tema ‘Dar Harb’, Dar Kufr’ yang cenderung untuk meletakkan sama ada hitam atau putih, Islam atau kafir.Penglebelan dan pemisahan sebegini hanya akan menambahkan lagi ketegangan antara dunia barat dan Islam. Fenonema Islamphobia akan terus menebal, fitnah kepada Islam akan terus menggunung.
Kita perlu sedar bahawa Islam kini di Barat menjadi ‘the fastest growing religion’ bukan sahaja dalam konteks kekeluargaan, Islam lebih ‘produktif’, malah di Britain sendiri lebih dari 10 orang sehari yang bertukar agama memeluk Islam. Gerakan Islam di barat lebih subur berbanding di dunia arab. Di dunia arab tokoh-tokoh Islam dan gerakan dakwah menghadapi penentangan yang keras daripada pemerintah. Di eropah pertubuhan dan gerakan Islam lebih bergerak bebas. Malah ramai tokoh-tokoh besar diberi perlindungan suhaka politik oleh pemerintah eropah termasuklah Jamaluddin al-Afghani dan Rachid Ghannoushi yang lebih kontemporari.
Sebab itulah Napolean sendiri menyatakan hasrat bahawa dia menantikan satu masa dimana seluruh eropah ini disatukan menjadi satu bangsa, dan yang akan menyatukannya adalah Islam. Napolean turut menambah bahawa dia sendiri meletakkan hasrat menunggu saat itu. Dalam konteks yang hampir sama, Muhammad Iqbal meletakkan bacaan yang tinggi bahawa Islam akan kembali bangkit dan ia berpusat di eropah.
Justeru, tindakan untuk memisahkan Islam dan barat adalah merupakan satu kesilapan yang besar dalam sejarah Islam. Gerakan yang bersikap keras dan konfrantasi terhadap barat ini rata-rata dilihat memberikan coretan negetif di mata barat kepada Islam.
Kelompok yang terakhir dalam gerakan Islah dan Tajdid ini, melihat bagaimana untuk menghubung jalinkan dunia Islam dan barat dengan mengambil apa yang baik secara objektif serta melihat dunia barat sebagai sebahagian daripada mad’u yang turut perlu didekati. Malah mereka ini berurusan dan berhubung dengan barat mengikut pengalaman Islam dalam konteks masyarakat madani.
Islam sebagai atur cara hidup yang fleksibel dan universal (al-Alammiyyah) yang sentiasa melihat sesuatu yang baik akan sesuatu tanpa nafikan keburukan yang turut ada. Kelompok yang dilihat sebagai aliran tengah atau yang lebih tepat al-Wasotiyyah tetap berpegang teguh dengan paksi al-Quran dan Sunnah serta mengambil tradisi pengalaman lampau. Pengalaman tradisii turut diharmonikan dengan modeniti.
Barat yang perlu dilihat secara objectif dan mengambil apa yang baik. Melalui pendekatan inilah kita lahirkan gagasan idea Islamisasi, termasuklah Islamisasi Ilmu yang turut di pelopori oleh Ismail R.A Faruqi dan Syel Naquib al-Attas. Dalam konteks politik, al-Maududi menggagaskan sesuatu yang baik kepada demokrasi iaitu Teodemokrasi. Teodemekrasi yang berpanjikan kedaulatan kepada Allah swt dan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan sesebuah negara. Demokrasi itu sendiri bersifat Islami tetapi dua aspek ini kurang ditekankan, jesteru tindakan Maududi untuk Islamisasikan politik demoktrasi di lihat sebagai Islami yang mampu untuk menghubung jalinkan Dunia Islam dan barat.
Dalam konteks permasalahan pada hari ini gerakan yang bersifat dua ekstrim ini sering kali menjadi bayangan kepada jawapan terhadap masalah yang berlaku. Isu seperti Karikatur Nabi, dan Hari Membakar Al-Quran sentiasa mengheret emosi ummat Islam sehingga mendorang ummatnya untuk mengambil jalan yang keras dan ganas. Permasalahan konflik kaum minority dan majority seperti di Ambon dan Poso sering mengaitkan agama sebagai penyebab dan akhirnya ummat Islam dengan pemahaman yang dangkal menganggap bahawa liberalisasi agama sebagai jawapan.
Jarang sekali kelompok aliran tengah dengan idea Wasotiyyah ini diketengahkan. Prinsip bahawa faktor keganasan tidak boleh dilawan dengan keganasan. Tindakan ganas di dalam memberi respon kepada isu sensitive yang berlegar hanya mengiakan tuduhan bahawa Islam adalah agama yang ganas dan menyokong terorisme. Pendekatan mendamping, ‘Engagement’ serta dialog dan membuka wacana boleh menjadi pendekatan terbaik untuk membaiki salah faham terhadap Islam. Pendekatan yang liberal untuk membuka dan melonggarkan agama hanya mencelarukan ummat Islam. Bukan semua masalah etnik atau konflik kaum disebabkan oleh agama. Faktor sosio-ekonomi dan pendidikan rakyat adalah isu asas yang berlegar. Ummat atau rakyat yang keperluan asasnya seperti makan, peluang pekerjaan, tempat berteduh, keselamatan jika tidak dipenuhi akan mengakibatkan prejudis terhadap kelompok lain. Cuma, untuk menghalalkan tindakan ini maka agama dijadikan kambing hitam untuk dijadikan sebab.
Daripada ketiga-tiga ‘trend’ sudut pandang Islam ini yang turut membentuk kelompok-kelompok ummat Islam, saya serahkan kepada pembaca untuk menilai. Namun demikian, kita harus ingat bahawa Allah swt membenci orang-orang yang melampau, al-Wasotiyyah dan Hikmah adalah merupakan kunci utama dalam apa sahaja gerakan yang